• intake-ilpmersingfb ilpmersingtwitter ilpmsginstagram ilpmsgflickr-ilpmersingyoutube-ilpmersing

Majlis Penutup dan Penyampaian Tamat Latihan bagi Kursus CSWIP 3G FCAW di bawah tajaan JPDC

14 February 2022 by Berita Semasa 104 Views

9 Feb 2022 - Majlis Penutup dan Penyampaian Tamat Latihan bagi Kursus CSWIP 3G FCAW di bawah tajaan JPDC. Para peserta telah lulus menduduki Welding Qualification Test (WQT) yang dikendalikan oleh TWI Technologies Sdn Bhd dan mendapat sijil CSWIP 3G FCAW. Para peserta juga menduduki Mock Up Test sebelum WQT di Malaysian Marine andΒ  Heavy Engineering (MMHE), Pasir Gudang bagi bekerja sebagai Welder di bawah syarikat Red Team (M) Sdn Bhd.

Β 

Read more...

Lawatan Jk Teknikal Drone ILP Mersing

25 January 2022 by Berita Semasa 125 Views

Lawatan Jk Teknikal Drone ILP Mersing ke Program Pembangunan Kerjaya Teknologi Drone dan Robotik Genarasi Muda Malaysia di Dewan Kejora Bandar Tenggara. Dapat melihat teknologi terkini dalam aplikasi drone di Malaysia disamping mencari ruang dan peluang untuk menjalin hubungan kerjasama.

Read more...

LAWATAN AUDIT JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP) JOHOR KE ILP MERSING

02 January 2022 by Berita Semasa 299 Views
Pada 14 Disember 2021, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor telah membuat Lawatan dan audit keselamatan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing.
Pegawai JKKP Johor yang hadir adalah Cik Azlina binti Talib telah disambut oleh Pengarah ILP Mersing, Tuan Syahrull Nizam Bin Perdan dan Timbalan Pengarah serta Ketua-Ketua Bahagian. Pegawai JKKP Johor telah berada di ILP Mersing selama 3 jam bermula jam 10.00 pagi - 1.00 tengahari.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat ringkas latar belakang JKKP ILP Mersing, dasar, program dan aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan ILP Mersing yang disampaikan oleh Penyelaras JKKP ILP Mersing di Bilik Mesyuarat Utama seterusnya lawatan audit pemeriksaan ke bengkel dan makmal di Bengkel Elektrik, RAC, AUTO, Kimpalan dan Telekomunikasi.
Hasil dari lawatan ini beberapa teguran telah di buat oleh pihak JKKP Johor untuk di buat penambahbaikan. Secara keseluruhannya pihak JKKP Johor berpuas hati dengan usaha dan komitmen ILP Mersing dalam memastikan tempat kerja di ILP Mersing selamat dan sihat kepada semua.
JKKP ILP Mersing ingin merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam siri lawatan audit ini.
"𝐁𝐞 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐒𝐫𝐞𝐝, 𝐁𝐞 π„π±π­π«πšπ¨π«ππ’π§πšπ«π², 𝐁𝐞 𝐖𝐨𝐫π₯𝐝 𝐂π₯𝐚𝐬𝐬 𝐖𝐒𝐭𝐑 𝐓𝐕𝐄𝐓"
Read more...

Lawatan untuk Pentauliahan Program Pendawai Elektrik Dengan Endorsan (PW4)

02 January 2022 by Berita Semasa 156 Views
ILP MERSING, 22 Disember 2021 - Telah berlangsungnya Lawatan untuk Pentauliahan Program Pendawai Elektrik Dengan Endorsan (PW4). Seramai 5 orang Pegawai dari Unit Kekompetenan Elektrik, Jabatan Kawalselia Keselamatan, Suruhanjaya Tenaga telah melawat kelengkapan peralatan sediaada di Bengkel Teknologi Elektrik ILP Mersing bagi Program PW4 yang akan dijalankan pada Pengambilan sesi Julai 2022.
Turut hadir ialah Puan Hjh. Nora bte Abd. Ghani (Ketua), En. Abd. Razak B. Amin, En. Azarudin Yusof B. Mansor, Pn. Azlina Bte. Hassan, En. Mohd Hanif B. Mohd Ali dari Unit Kekompetenan Elektrik, Jabatan Kawalselia Keselamatan, Suruhanjaya Tenaga.
Manakala diiringi oleh Tuan Pengarah En. Syahrull Nizam Bin Perdan serta Pegawai-pegawai ILP Mersing yang terlibat dalam Pentauliahan Program Pendawai Elektrik ILP Mersing.
Semoga Proses Pentauliahan Program Pendawai Elektrik Dengan Endorsan (PW4) berjaya dengan cemerlang.
"𝐁𝐞 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐒𝐫𝐞𝐝, 𝐁𝐞 π„π±π­π«πšπ¨π«ππ’π§πšπ«π², 𝐁𝐞 𝐖𝐨𝐫π₯𝐝 𝐂π₯𝐚𝐬𝐬 𝐖𝐒𝐭𝐑 𝐓𝐕𝐄𝐓"
Read more...

Lawatan Verifikasi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) Bagi Pelaksanaan Sistem Kendiri Sesi 2/2021

16 December 2021 by Berita Semasa 265 Views

ILP MERSING- Lawatan Verifikasi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) Bagi Pelaksanaan Sistem Kendiri Sesi 2/2021 telah diadakan selama 3 hari bermula 13 Disember sehingga 15 Disember 2021 yang diketuai oleh En Afdiman B Anuar dari Adtec Melaka serta 4 orang PPL iaitu En Norisam B Abu Taib dari ILP Kuala Lumpur, En Ridzwan B Rahman dari ILP Bukit Katil, En Rhoma Erma B Zaini dari ILP Ipoh dan En Mohd Noramin B Rafdi. Lawatan pada kali ini adalah bertujuan untuk membuat semakan dan pengesahan ke atas portfolio pelajar serta memantau perjalanan peperiksaan akhir bagi teori dan amali di kalangan pelajar semester akhir di ILP Mersing. Pihak institut mengucapkan jutaan terima kasih diatas pelaksanaan Lawatan Verifikasi ini kepada semua yang terlibat bagi melancarkan perjalanan peperiksaan akhir sesi kali ini.

Read more...

Program Kempen Derma di Dewan Besar ILP

14 December 2021 by Berita Semasa 160 Views

1 Dis 2021 (Rabu)Β - program Kempen Derma telah diadakan di Dewan Besar ILP. Semua dijemput hadir. Mohon kerjasama untuk hebahkan/promosikan. Terima kasih.

Read more...

Perhimpunan Pelajar Bulan Dis 2021

12 December 2021 by Berita Semasa 191 Views

9 Disember 2021- Perhimpunan Pelajar Bulan Dis 2021 anjuran BPPL dan MPP di Dewan Besar ILP Mersing.

Read more...

Lawatan Pengauditan TWI Technologies

12 December 2021 by Berita Semasa 255 Views

9 Disember 2021, Lawatan Pengauditan TWI Technologies Sdn. Bhd, bagi Program Persijilan CSWIP dibawah JPDC.

Read more...

Pemeriksaan Pelupusan Aset Alih Tahun 2021

06 December 2021 by Berita Semasa 201 Views

Pemeriksaan Pelupusan Aset Alih oleh 4 pegawai PeP telah selesai dilaksanakan di Pusat Sumber, Dewan Makan, Bengkel Automotif dan Bengkel Kimpalan. UPA mngucapkan ribuan Terima ksih atas kerjasama semua yg terlibat.😊#
#ilpmersing #jtm #tvet #iljtm

Read more...

Program CSR di Madrasah Tahfiz Al Quran Muhajir Madini, Kg Tanjung Genting Mersing

30 November 2021 by Berita Semasa 490 Views

28 November (Ahad) - Bahagian Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara telah selesai menjayakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat CSR di Madrasah Tahfiz Al Quran Muhajir Madini, Kg Tanjung Genting Mersing hari ini. Program yang disertai oleh pengajar dan pelajar-pelajar dari bengkel ini memfokuskan kepada kerja-kerja penyelenggaraan unit penghawa dingin di madrasah tersebut. Selain memberi khidmat kepada komuniti setempat, program ini juga dapat meningkatkan kemahiran teknikal dalam penyelenggaraan dan menambah pengalaman kerja kepada para pelajar sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
#csr
#khidmatkomuniti
#ilpmersing #tvetmalaysia
#mersing

Read more...
Page 1 of 6