• intake-ilpmersingfb ilpmersingtwitter ilpmsginstagram ilpmsgflickr-ilpmersingyoutube-ilpmersing

LAWATAN AUDIT JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP) JOHOR KE ILP MERSING Featured

02 January 2022 by Berita Semasa 298 Views
Rate this item
(0 votes)
Pada 14 Disember 2021, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor telah membuat Lawatan dan audit keselamatan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing.
Pegawai JKKP Johor yang hadir adalah Cik Azlina binti Talib telah disambut oleh Pengarah ILP Mersing, Tuan Syahrull Nizam Bin Perdan dan Timbalan Pengarah serta Ketua-Ketua Bahagian. Pegawai JKKP Johor telah berada di ILP Mersing selama 3 jam bermula jam 10.00 pagi - 1.00 tengahari.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat ringkas latar belakang JKKP ILP Mersing, dasar, program dan aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan ILP Mersing yang disampaikan oleh Penyelaras JKKP ILP Mersing di Bilik Mesyuarat Utama seterusnya lawatan audit pemeriksaan ke bengkel dan makmal di Bengkel Elektrik, RAC, AUTO, Kimpalan dan Telekomunikasi.
Hasil dari lawatan ini beberapa teguran telah di buat oleh pihak JKKP Johor untuk di buat penambahbaikan. Secara keseluruhannya pihak JKKP Johor berpuas hati dengan usaha dan komitmen ILP Mersing dalam memastikan tempat kerja di ILP Mersing selamat dan sihat kepada semua.
JKKP ILP Mersing ingin merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam siri lawatan audit ini.
"𝐁𝐞 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐞𝐝, 𝐁𝐞 𝐄𝐱𝐭𝐫𝐚𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧𝐚𝐫𝐲, 𝐁𝐞 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐂𝐥𝐚𝐬𝐬 𝐖𝐢𝐭𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓"