• intake-ilpmersingfb ilpmersingtwitter ilpmsginstagram ilpmsgflickr-ilpmersingyoutube-ilpmersing

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Pengaruh Globalisasi telah memainkan peranan penting dalam perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan kita untuk mendapatkan maklumat dengan pantas dan berkesan.

Bagi mencapai misi untuk menjadi organisasi yang terunggul di dalam penyediaan dan pembangunan tenaga kerja yang berdaya saing, ILP Mersing menawarkan kursus sepenuh masa dan separuh masa bagi program Automotif, Kimpalan, Juruelektrik, Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Teknologi Maklumat (Rangkaian) dan Telekomunikasi.

Dengan adanya laman web ini, ianya dapat membantu bagi menyalurkan maklumat kepada masyarakat umum berkaitan peluang latihan dan pembangunan kemahiran yang disediakan di institut ini. Saya mengalu-alukan pandangan yang membina bagi memantapkan pengurusan maklumat dan kemudahan yang disediakan ini.

Akhir kata, saya bagi pihak ILP Mersing ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang dan selamat melayari laman web ILP Mersing. Semoga laman web ini mampu memberi maklumat yang informatif kepada para lepasan SPM, individu, majikan dan pihak industri dalam pencarian maklumat berkaitan kursus/latihan kemahiran yang diperlukan.

(SYAHRULL NIZAM BIN PERDAN)
Pengarah
Institut Latihan Perindustrian Mersing