Pengenalan

Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang ditubuhkan di bawah Jabatan Tenaga Manusia
bertujuan memberi latihan teknikal secara formal kepada pekerja-pekerja sektor perindustrian
dan para belia lepasan sekolah bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran di dalam
bidang tertentu. Selaras dengan itu, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing menawarkan
kursus Penyejukbekuan & Penyamanan Udara disamping lima kursus lain. Bengkel ini
telah disiapkan pada bulan Disember 2004 dengan dilengkapi kemudahan peralatan dan
teknologi yang moden dan terkini. Bengkel ini dapat menampung seramai 600 orang pelajar pada setiap
masa. Selain daripada itu, bengkel ini juga mengendalikan kursus-kursus separuh masa
berbentuk Modular dan Customised bagi memenuhi keperluan industri.


                                                                                                                                            

OBJEKTIF

- Melahirkan tenaga pekerja mahir untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.
- Meningkatkan kemahiran pekerja industri ke arah pembangunan negara.
- Memudahkan para lepasan sekolah memperolehi pekerjaan dengan berbekalkan 
   kemahiran perindustrian yang sistematik.

 

MISI

Membangunkan ILP Mersing sebagai satu pusat yang berprestij untuk pembangunan sumber

manusia ke arah wawasan 2020.

 

VISI

Menjadikan ILP Mersing sebuah institusi yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta

mampu mengeluarkan tenaga mahir untuk keperluan negara.
 
 
 
PIAGAM PELANGGAN

Kami diamanahkan untuk membekalkan tenaga mahir dan pengajar terlatih, menyediakan dan
menerbitkan maklumat pasaran buruh serta memberi khidmat pekerjaan & bimbingan kerjaya.
 
Dengan itu:
 
1. Kami berjanji akan menyediakan program latihan kemahiran yang bersesuaian dengan 
    keperluan negara dan perkembangan teknologi semasa serta mengeluarkan pelatih–pelatih
    yang kompeten, berkualiti dan berhemah tinggi melalui latihan yang sistematik dan berkesan.
 
2. Kami berjanji untuk mengiklankan maklumat peluang–peluang latihan yang dijalankan
    oleh institusi–institusi latihan kami kepada masyarakat umum. Semua proses pengambilan
    pelatih–pelatih akan disempurnakan dalam masa dua bulan dari tarikh iklan ditutup.
 
3. Kami berjanji untuk memberi khidmat nasihat dan perundingan latihan kepada industri–
    industri kecil dan sederhana.
 
4. Kami berjanji untuk mengeluarkan maklumat dan penerbitan pasaran buruh yang
    komprehensif dan berkualiti. Laporan pasaran buruh berkala akan diterbitkan mengikut jadual.
 
5. Kami berjanji semua Jabatan Tenaga Manusia Negeri akan memberi khidmat sebagai pusat
    tumpuan sumber maklumat, pasaran buruh, latihan dan pekerjaan.
 
6. Kami berjanji untuk membekalkan maklumat peluang–peluang pekerjaan kepada pencari
    kerja pada hari mereka mendaftar.
 
7. Kami berjanji akan membantu majikan dalam urusan mendapat pekerja tempatan.
 
8. Kami berjanji akan memproses dan memberi keputusan ke atas semua permohonan lengkap
    untuk mendapatkan lesen agensi pekerjaan swasta dalam tempoh dua bulan daripada tarikh permohonan diterima.
 
Dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada Jabatan Tenaga Manusia,
kecemerlangan dan khidmat yang berhemah tinggi adalah pegangan kami.

 

Lokasi ILP Mersing
Peta Lokasi ILP Mersing
 

 
 
Struktur Organisasi ILP Mersing
 
En. Sarman bin Hj Rawan
(Pengarah)
 
En. Mohd Affidi Bin Sidek
(Ketua Jabatan Teknologi Sains Komputer Dan Maklumat)
 
En. Syahril Azli bin Abd Rahman
(Ketua Jabatan Mekanikal Dan Pengeluaran)

En. Mohamad Shukri bin Ghani
(Ketua Jabatan Elektrik Dan Elektronik)

En. Abdul Rahim bin Mustafa Khalid
(Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset)

En. Mohd Sopian Bin Ibrahim
(Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan)
 
En. Azhar bin Harun
(Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti Latihan)
 
Kosong
(Penolong Pengarah Bahagian Pusat Sumber & Multimedia)

Terakhir dikemaskini (Isnin, 26 Julai 2010 16:49)

 
Email Rasmi
E-Kerajaan
 
 
 msc
mygov
 
 
Mutiara Kata
"Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara."
Berita Terkini

 

Selamat memulakan pengajian sesi 2/2010 kepada para pelajar ILP Mersing.

 


 

 

Para kakitangan ILP Mersing diminta untuk mengemaskini maklumat peribadi HRMIS di pejabat Pentadbiran. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cik Faridah di sambungan 1732.

 


 
Kepada bekas pelajar ILP Mersing, anda dipelawa untuk menyertai Alumni ILP Mersing. Sila klik pendaftaran di menu Alumni.
 

 

 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Jumlah Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini72
mod_vvisit_counterSemalam281
mod_vvisit_counterMinggu Ini678
mod_vvisit_counterBulan Ini2184
mod_vvisit_counterSemua147246