Malay English

ILP Mersing Juara !!!

  • PDF
  • Print
  • E-mail

Program Kecemerlangan Kokurikulum ILJTM Wilayah Selatan telah berjaya dianjurkan oleh ILP Mersing pada 31 Mac sehingga 2 April 2012 yang lalu. Sebanyak 12 jenis sukan telah dipertandingkan iaitu bolasepak, bola jaring, sepak takraw, bola tampar (lelaki/wanita), badminton, dart, bowling, tenis dan ping pong (lelaki/wanita). Seramai 380 orang peserta yang terdiri dari kontinjen tuan rumah, ILP Pasir Gudang, ILP Ledang, ILP Bukit Katil, ILP Selandar, ADTEC Batu Pahat, ADTEC Melaka dan kontinjen jemputan dari ibu pejabat JTM telah hadir mengambil bahagian. Majlis perasmian bagi program ini telah di rasmikan oleh YB Datuk Dr. Hj. Abd Latiff bin Hj. Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Daerah Mersing. Antara jemputan VIP yang turut hadir ialah Pegawai Daerah Mersing, Tn.Hj Abdul Rahman B. Mohamad Dewam.

img_3382

img_3378

img_3408

Juara keseluruhan bagi Program Kecemerlangan Kokurikulum ILJTM Wilayah Selatan kali ini telah dimenangi oleh kontinjen tuan rumah ILP Mersing dengan meraih 4 pingat emas, 2 perak dan 1 gangsa. Pingat-pingat emas ini telah disumbangkan melalui acara tarik tali, dart, badminton dan tenis. Bagi pingat perak pula disumbangkan oleh bola tampar wanita dan bowling manakala 1 gangsa disumbangkan melalui acara bola jarring. Acara penutup dan penyampaian hadiah telah dirasmikan dan disampaikan oleh Ketua Pengarah JTM, Y.Bhg Dato’ Hj. Romli B. Hj. Hassan. Diakhir program, Y.Bhg Dato’ Hj. Romli juga telah berbesar hati merasmikan kelab Go-Kart ILP Mersing yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar dari Teknologi Automotif sambil diiringi Pengarah ILP Mersing, En.Sarman B. Hj.Rawan.

img_3324

img_3559

img_4086

img_3915

img_4189

img_4191

img_4202

 
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dan Internet Explorer 7 dengan resolusi 1024 X 768.
Hakcipta © 2010 Institut Latihan Perindustrian Mersing. Semua Hakcipta Terpelihara.

Free Joomla Templates by JoomlaShine.com
ILPMersing
ILPMersing
Twitter ILPMersing