PENGENALAN :

Secara amnya, kerjasama ini adalah berupa satu pakej latihan di mana para pelajar dari Institut Latihan Awam seluruh Malaysia yang dilatih dalam bidang Kimpalan Arka dan Gas dan telah menamatkan pengajian sekurang-kurangnya SKM Tahap 2 bakal diserapkan ke syarikat MMHE setelah menamatkan latihan intensif selama 1 bulan di ILP Mersing yang menjurus kepada keperluan pihak MMHE dan seterusnya melalui satu Ujian Kelayakan Mengimpal (Welding Qualification Test - WQT) di pusat latihan MMHE. Setelah lulus ujian mengimpal ini yang dinilai melalui kedua-dua kaedah "Visual Inspection" dan juga "Radiographic Testing X-Ray", maka mereka akan terus diserapkan sebagai pengimpal di syarikat-syarikat sub-kontraktor yang bernaung di bawah MMHE.

 

Pelajar-pelajar yang menyertai program ini bakal dilatih untuk mengimpal Mild Steel Plate berketebalan 25mm menggunakan proses SMAW (Shielded Metal Arc Welding) pada kedudukan 3G (Welding in vertical Position) dan 4G (Welding in Overhead Position).

 

KEMUDAHAN :

Sepanjang latihan intensif selama 1 bulan di ILP Mersing, para pelajar akan disediakan dengan kemudahan asrama dan makan.

 

Semasa tempoh di MMHE pula, para pelajar akan diberi elaun sebanyak RM300.00 sebulan, penginapan dan pengangkutan bagi bulan pertama.

 

KELAYAKAN MASUK :

Kelayakan minimum bagi menyertai program ini ialah sekurang-kurangnya memiliki SKM Tahap 2, di mana pada tahap ini para pelajar adalah dianggap kompeten untuk mengimpal pada kedudukan 3G dan 4G. 

 

PERSIJILAN :

Para pelajar yang mengikuti program ini akan dianugerahkan dengan sijil khas "Qualified Welder in 3G/4G" yang akan disahkan oleh pihak JTM, Petronas dan MMHE.

 

PROSPEK KERJAYA :

Para pelajar yang lulus dalam program Kimpalan 3G & 4G ini akan diserapkan sebagai pengimpal di syarikat peneraju Gas & Minyak serta bidang perkapalan.

 

Untuk keterangan lanjut dan pertanyaan, sila hubungi :

 

1. En. Darmawan bin Ariffin (Ketua Penyelaras Program)

    Tel : 07 - 792 1793

    Fax : 07 - 792 1704

    Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

2. Unit Pengurusan Latihan

    Tel : 07 - 792 1719 / 1728

    Fax : 07 - 792 1704

    Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 
Email Rasmi
E-Kerajaan
 
 
 msc
mygov
 
 
Mutiara Kata
"Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka" - Soekarno
Berita Terkini

 

Selamat memulakan pengajian sesi 2/2010 kepada para pelajar ILP Mersing.

 


 

 

Para kakitangan ILP Mersing diminta untuk mengemaskini maklumat peribadi HRMIS di pejabat Pentadbiran. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cik Faridah di sambungan 1732.

 


 
Kepada bekas pelajar ILP Mersing, anda dipelawa untuk menyertai Alumni ILP Mersing. Sila klik pendaftaran di menu Alumni.
 

 

 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Jumlah Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini135
mod_vvisit_counterSemalam281
mod_vvisit_counterMinggu Ini741
mod_vvisit_counterBulan Ini2247
mod_vvisit_counterSemua147308