Soalan Lazim PDF Cetak emel
Ditulis oleh Administrator   
Jumaat, 09 Januari 2009 12:36
SOALAN 1
Apakah kursus-kursus yang ditawarkan oleh ILP Mersing?

Terdapat 6 kursus yang ditawarkan iaitu :-

1.Teknologi Komputer (Rangkaian)

2.Teknologi Automotif

3.Teknologi Kimpalan

4.Teknologi Elektrik 1-Fasa

5. Teknologi PPU

6. Teknologi Telekomunikasi                                                                                                        

SOALAN 2
Apakah kelayakan yang membolehkan seseorang itu memohon untuk mengikuti latihan di ILP Mersing ?

Terdapat dua keadaan untuk memohon ILP. Bagi lulusan SPM, calon boleh memohon tahap asas (tahap 1 dan 2) calon mestilah lulus SPM dengan kepujian Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek sains serta lulus Bahasa Inggeris. Iklan mengenai pengambilan ke ILP akan dikeluarkan melalui suratkhabar utama selepas keputusan SPM dikeluarkan. Borang-borang permohonan boleh di dapati di Pejabat Pos. Pengambilan akan dilakukan pada bulan Januari dan Julai setiap tahun.Kelayakan bagi pemohon ialah :-
1. Warganegara Malaysia
2. Lepasan sekolah atau pekerja industri yang berumur antara 17 hingga 30 tahun
3. Kelulusan akademik bergantung kepada kursus yang dipohon

                                                                                                                                               

SOALAN 3
Saya berminat untuk mendapatkan latihan di ILP Mersing. Di manakah dan bagaimanakah caranya untuk saya membuat permohonan ke ILP ini?

Anda boleh mendapatkan borang permohonan di semua Pejabat Pos utama dikawasan yang berhampiran dengan kediaman anda dengan bayaran sebanyak RM 5.00. Borang tersebut hendaklah diposkan ke alamat berikut:-

 

Institut Latihan Perindustrian Mersing
Km 16, Jalan Jemaluang.
86800 Mersing
Johor Darul Ta'zim

                                                                                                                                               

SOALAN 4
Berapakah buah ILP yang terdapat di Malaysia?

Terdapat 14 buah ILP di seluruh Malaysia yang diletakkan di bawah Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia iaitu ILP Pasir Gudang dan Muar di Johor, ILP Kangar Perlis, ILP Bukit Katil Melaka, ILP Labuan, ILP Kuala Lumpur, ILP Ipoh Perak, ILP Kuantan Pahang, ILP Jitra Kedah, ILP Kuala Terengganu Terengganu, ILP Kota Bharu, Kelantan, ILP Kota Kinabalu Sabah, ILP Kota Samarahan Sarawak, dan ILP Pedas Negeri Sembilan. Selain itu, Jabatan Tenaga Rakyat juga menyediakan pusat latihan seperti Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) di Bukit Minyak, Seberang Perai. Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di Shah Alam, Selangor dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) terdapat di Johor, Melaka, Selangor dan Kedah. Di institusi ini pelajar juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Diploma dan Ijazah.
                                                                                                                                              

SOALAN 5
Adakah sijil lulusan ILP di iktiraf oleh kerajaan Malaysia?

Sijil yang dikeluarkan oleh ILP diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Sistem Pentauliahan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Kebanyakan lulusan ILP tidak sukar untuk memperolehi peluang pekerjaan di pelbagai sektor.
                                                                                                                                              

SOALAN 6
Di manakah saya boleh menyambung pelajaran saya selepas tamat latihan di ILP?

Anda boleh menyambung pelajaran ke institusi Latihan Kemahiran sama ada di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Belia dan Sukan dan MARA. Antara institut di bawah JTM ialah Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI), dan Advanced Technology Centre (ADTEC). Institut berkenaan menawarkan latihan hingga keperingkat Diploma. Lain-lain institut ialah seperti Malaysian-France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan lain-lain institusi yang menawarkan Diploma kemahiran.
                                                                                                                                              

SOALAN 7
Dimanakah lokasi sebenar ILP Mersing?

ILP Mersing terletak di berhampiran Pekan Mersing di daerah Mersing iaitu kira-kira 16km dari Pekan Mersin
                                                                                                                                              

SOALAN 8
Apakah perbezaan antara sistem yang dijalankan antara ILP dan institut di bawah Kementerian Pendidikan?

Di ILP Selandar proses pembelajaran adakah berdasarkan 70% kemahiran dan 30% teori. Kebanyakan pembelajaran pelajar di beri peluang untuk melakukan sendiri kerja-kerja bagi memberi pengalaman kepada mereka untuk menghadapi suasana kerja yang sebenar. Untuk tujuan itu, makmal dan bengkel dilengkapi dengan mesin dan perlatan yang digunakan di dalam sektor industri. Lepasan institut ini akan di anugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1, 2 dan 3 oleh JTM.
                                                                                                                                               

SOALAN 9
Apakah sistem pembelajaran dan pentauliahan yang diamalkan di ILP?

Para graduan lepasan ILP akan di anugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia yang di keluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Silibus yang digunakan pula adalah berdasarkan kepada NOSS atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan oleh MLVK dengan tambahan beberapa pakej pembelajaran oleh JTM yang membolehkan graduan dianugerahkan Sijil Teknikal JTM dalam masa yang sama.
                                                                                                                                              

SOALAN 10
Berapakah lamakah tempoh untuk menamatkan pelajaran disini?

Anda memerlukan tempoh 1 tahun 3 bulan untuk melengkapkan pelajaran hingga SKM tahap 2 dan 3 termasuk sekali Latihan Dalam Industri selama 3 bulan untuk kursus teknologi komputer dan teknologi perisian sahaja.
                                                                                                                                                

SOALAN 11
Bagaimana dengan penempatan pelajar?

Pihak institut menyediakan kemudahan asrama dengan percuma kepada semua pelajar ILP. Asrama kami boleh memuatkan 600 penghuni dalam satu masa iaitu 400 lelaki dan 200 perempuan. Makanan dan minuman dihidangkan 5 kali sehari untuk penghuni asrama secara percuma.
                                                                                                                                                

SOALAN 12
Apakah kemudahan yang disediakan untuk pelajar?

Bagi kemudahan latihan Perpustakaan dan Pusat Sumber dengan kemudahan internet disediakan untuk pelajar semaasa waktu bekerja. Disetiap jabatan terdapat bengkel yang makmal yang dilengkapi dengan mesin dan peralatan untuk kegunaan latihan. Selain dari itu kami juga menyediakan Dewan Kuliah dan Dewan Besar untuk digunakan bagi sebarang aktiviti yang dianjurkan. Di asrama pula terdapat Dewan Makan, Surau dan kemudahan Sukan untuk keselesaan pelajar.
                                                                                                                                                

Terakhir dikemaskini pada Selasa, 13 Januari 2009 12:43
 

Email Rasmi ILP Mersing

E-Kerajaan

msc
 
mygov
 
ekl

Mutiara Kata

"Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini."

Berita Terkini

 

Kursus Asas Pertahanan Awam ILP Mersing dengan kerjasama JPA3 Daerah Mersing sedang dijalankan bermula 8 Feb sehingga 12 Feb 2009.

 


 

 
Kepada bekas pelajar ILP Mersing, anda dipelawa untuk menyertai Alumni ILP Mersing. Sila klik pendaftaran di menu Alumni.
 

 
 

Sukacita dimaklumkan KEMPEN DERMA DARAH akan diadakan di INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN MERSING, dengan kerjasama pihak unit Tranfusi Perubatan, Jabatan Patologi, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada ketetapan berikut :

Tarikh :   11 Februari 2010

Masa: 9.30am - 4.00 pm

Tempat : Dewan Besar ILP Mersing

 

Semua pelajar dan kakitangan dijemput untuk menderma.

 


 

 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini114
mod_vvisit_counterSemalam373
mod_vvisit_counterMinggu Ini487
mod_vvisit_counterBulan Ini2976
mod_vvisit_counterSemua77920

Penafian: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah melayari laman web kami, sila hubungi Webmaster.