Malay English

Jabatan Elektrikal dan Elektronik

  • PDF
  • Print
  • E-mail

Latar Belakang

Jabatan Elektrikal dan Elektronik merupakan salah satu jabatan di Institut Latihan Perindustrian Mersing. Ianya telah ditubuhkan pada 15 Disember 2004 bagi memenuhi permintaan yang amat menggalakkan dikalangan lepasan pelajar sekolah yang berminat menyambung pengajian dalam bidang kemahiran. Disamping itu, permintaan yang pesat dipasaran tenaga mahir negara terutama dalam bidang teknologi elektrikal turut menjadi faktor penubuhan jabatan ini di ILP Mersing.

Jabatan Elektikal dan Elektronik diketuai oleh seorang Ketua Jabatan yang dibantu oleh dua orang Ketua Bahagian disamping barisan tenaga pensyarah yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman. Jabatan ini telah mula mengambil sekumpulan pelajar sulungnya, iaitu dalam bidang Teknologi Elektrikal dan Penyejukbekuan & Penyamanan Udara di peringkat sijil pada sesi Januari 2007. Kumpulan graduan sulung yang dihasilkan oleh Jabatan ini adalah pada sesi 1/2009 yang berjaya dianugerahkan Sijil Teknologi, Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & 3 dan Sijil Suruhanjaya Tenaga.

Kursus Yang Ditawarkan

Kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Elektrikal dan Elektronik, ILP Mersing adalah seperti berikut :

1. Peringkat Sijil
  • Sijil Teknologi (Elektrikal)
  • Sijil Teknologi (Penyejukbekuan & Penyamanan Udara - Komersial)
  • Sijil Suruhanjaya Tenaga (PW2)
 
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dan Internet Explorer 7 dengan resolusi 1024 X 768.
Hakcipta © 2010 Institut Latihan Perindustrian Mersing. Semua Hakcipta Terpelihara.

Free Joomla Templates by JoomlaShine.com
ILPMersing
ILPMersing
Twitter ILPMersing