Malay English

Untuk maklumat lanjut,sila hubungi:

Ketua Jabatan
Jabatan Teknologi Komputer & Maklumat
Institut Latihan Perindustrian Mersing
KM 16, Jalan Jemaluang
86800 Mersing, Johor

Tel : 07-7921770 | Faks : 07-7921704
email : syahrulnizam@jtm.gov.my

Jabatan Teknologi Komputer & Maklumat

  • PDF
  • Print
  • E-mail

Latar Belakang

Jabatan Teknologi Komputer & Maklumat merupakan salah satu jabatan di Institut Latihan Perindustrian Mersing. Penubuhan jabatan ini bermula sejak pembukaan rasmi ILP Mersing pada 15 Disember 2004 lagi bagi menampung keperluan guna tenaga mahir dalam bidang Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi. Dengan pengembangan pesat pembangunan negara, ILP Mersing tidak ketinggalan dalam mengeluarkan tenaga mahir negara yang berkemahiran tinggi dan bersahsiah tinggi selaras dengan moto Institut sebagai Peneraju Kemahiran Terbilang. Disamping itu, ILP Mersing berhasrat memenuhi permintaan yang amat menggalakkan dikalangan lepasan pelajar sekolah yang berminat menyambung pengajian dalam bidang kemahiran terutama di Institut Latihan Kemahiran awam.

Jabatan Teknologi Komputer & Maklumat telah mula mengambil sekumpulan pelajar sulungnya, iaitu dalam kursus Teknologi Komputer (Rangkaian) bermula sesi Julai 2005 dan pengambilan pelajar kursus Teknologi Telekomunikasi pada sesi 1/2007. Seterusnya Jabatan ini telah berkembang dengan membuat pengambilan pelajar peringkat diploma dalam kursus Teknologi Komputer (Rangkaian)  pada sesi September 2009. Kumpulan graduan sulung yang dihasilkan oleh Jabatan ini adalah pada sesi 1/2007 yang berjaya dianugerahkan Sijil Teknologi dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan 3.

Kursus Yang Ditawarkan

Kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Teknologi Komputer & Maklumat, ILP Mersing adalah seperti berikut :

1. Peringkat Diploma

  • Diploma Teknologi Komputer (Rangkaian)

2. Peringkat Sijil

  • Sijil Teknologi (Komputer Rangkaian)
  • Sijil Teknologi (Telekomunikasi)
 
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dan Internet Explorer 7 dengan resolusi 1024 X 768.
Hakcipta © 2010 Institut Latihan Perindustrian Mersing. Semua Hakcipta Terpelihara.

Free Joomla Templates by JoomlaShine.com
ILPMersing
ILPMersing
Twitter ILPMersing