Malay English

Teknologi Automotif

  • PDF
  • Print
  • E-mail

Pengenalan

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing adalah sebuah Institut Kemahiran Awam dibawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Kursus Teknologi Automotif dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Automotif yang berada di bawah Jabatan Mekanikal & Pengeluaran, Institut Latihan Perindustrian Mersing.

Objektif Latihan

  • Melahirkan tenaga kerja mahir didalam bidang Automotif yang diperlukan oleh sektor Industri Automotif Negara.
  • Meningkatkan kualiti kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara.
  • Mewujudkan peluang untuk belia lepasan sekolah mendapatkan latihan kemahiran perindustrian yang sistematik bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan.

Keterangan Kursus

Kursus Automotif adalah kursus yang melibatkan kerja-kerja latihan menyelenggara, merombakrawat dan membaikpulih kenderaan dimana ianya melibatkan beberapa sistem seperti sistem enjin, sistem autoelektrik, sistem penghantaran, sistem brek, sistem penyamanan udara kereta, sistem gantungan dan sistem stering. Pelajar yang mengikuti kursus ini akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal yang memenuhi kehendak persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sehingga ke tahap 4, Sijil Teknologi dan Diploma Teknologi Jabatan Tenaga Manusia.

Kemudahan

  • Bengkel Dan Makmal Komputer
    Kelengkapan peralatan adalah memenuhi kehendak persijilan serta kemudahan makmal komputer
  • Elaun
    Elaun saku sebanyak RM 100 sebulan. Elaun semasa Latihan Indusri sebanyak RM300 sebulan.
  • Penginapan
    Penginapan asrama dan makan diberikan percuma.
  • Riadah
    Surau, dewan besar dan padang permainan untuk kegiatan sukan, riadah dan kegiatan keagamaan

Tempoh Kursus

Tempoh masa kursus adalah selama 2 tahun (latihan) dan 3 bulan Latihan Industri.

Kelayakan Masuk

Kelayakan untuk memasuki kursus Teknologi Automotif ialah Lulus dalam SPM/SPMV serta lulus matapelajaran Matematik dan Sains.

Persijilan

Para pelajar yang telah mengikuti kursus ini dengan jayanya akan memperolehi :-

  • Sijil Teknologi Jabatan Tenaga Manusia
  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1  hingga 4
  • Diploma Teknologi Jabatan Tenaga Manusia

Prospek Kerjaya

Lulusan ILP mempunyai peluang kerjaya yang cerah dan menarik di pusat servis kenderaan, kilang pemasangan kereta atau membuka bengkel sendiri. Mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan di institusi–institusi kemahiran lanjutan seperti ADTEC, JMTI, GMI, MFI dan IKTBN.

 
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dan Internet Explorer 7 dengan resolusi 1024 X 768.
Hakcipta © 2010 Institut Latihan Perindustrian Mersing. Semua Hakcipta Terpelihara.

Free Joomla Templates by JoomlaShine.com
ILPMersing
ILPMersing
Twitter ILPMersing