Malay English

Untuk maklumat lanjut,sila hubungi:

Ketua Bahagian (Kimpalan)
Institut Latihan Perindustrian Mersing
KM 16, Jalan Jemaluang
86800 Mersing, Johor

Tel : 07-7921799 | Faks : 07-7921704
email : mlatiff@jtm.gov.my

Teknologi Kimpalan Arka & Gas

  • PDF
  • Print
  • E-mail

Pengenalan

Kursus yang ditawarkan ini akan memberi pendedahan kepada para pelajar dalam bidang kimpalan, di mana pelajar akan diajar dari segi teori dan amali. Pelajar akan didedahkan dengan kaedah melakukan kimpalan dengan mengambil kira ciri-ciri keselamatan. Pelajar akan mempelajari pemotongan dengan kaedah plasma dan membuat kimpalan jenis arka dan gas. Pelajar juga akan membuat kimpalan ke atas logam dari logam logam jenis feros dan bukan feros, membaca simbol dan lukisan cetakan biru, menguji sambungan kimpalan dengan cara membedah, membengkok dan merenggang logam. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja industri yang bermutu tinggi dalam bidang kimpalan, bengkel ini menyediakan suasana pembelajaran yang selesa dengan kemudahan peralatan berteknologi tinggi yang terkini serta tenaga pengajar yang berpengalaman.

Objektif Latihan

  • Memahami langkah-langkah keselamatan ketika melakukan kimpalan.
  • Dapat membaca dan mengenali simbol-simbol, seterusnya melukis ‘technical drawing’.
  • Memberi pengetahuan dan latihan amali kepada pelajar tentang proses proses kimpalan yang biasa digunakan untuk industri melalui latihan yang bersistematik.
  • Seterusnya, melahirkan tenaga kerja mahir untuk keperluan negara.

Keterangan Kursus

Disini pelajar-pelajar akan mempelajari matapelajaran seperti:-

  • Apply Safety Practical And Procedures.
  • Read Drawing and Specification.
  • Manage Material And Consumables.
  • Perform Thermal and Mechanical Cutting.
  • Prepare Joins/ Materials for welding.
  • Perform Pre-Heating Process.
  • Perform Welding Using SMAW Process.
  • Perform Quality Control / Inspection.
  • Latihan Industri (3 Bulan)

Kemudahan

Kemudahan-kemudahan yang bakal dinikmati oleh pelajar adalah seperti :-

  • Kemudahan makmal komputer.
  • Kelas yang berhawa dingin.
  • Kelengkapan bengkel yang lengkap.
  • Latihan yang diberi oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi.
  • Loker untuk setiap pelajar.
  • Latihan yang dijalankan secara percuma.

Tempoh Kursus

Tahap dan tempoh latihan bagi kursus Kimpalan Gas dan Arka yang ditawarkan adalah seperti yang dinyatakan di bawah:-

  • Tahap 1 - 6 Bulan
  • Tahap 2 - 6 Bulan
  • Tahap 3 - 6 bulan
  • Latihan Industri - 3 Bulan

Kelayakan Masuk

  • Warganegara Malaysia.
  • Belia lepasan sekolah atau pekerja industri yang berumur 17 hingga 30 tahun.
  • Kelulusan akademik bergantung kepada bidang kursus yang dipohon. Lulus SPM/SPMV (Lulus Sains atau Matematik serta Lulus Bahasa Malaysia) atau setaraf bagi kursus yang bermula dengan Tahap 1.

Persijilan

  • Sijil Juruteknik Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia
  • Sijil Teknologi Jabatan Tenaga Manusia
  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1, 2 dan 3

Prospek Kerjaya

Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera, industri perabot, peralatan logam dan kerja-kerja struktur pembinaan. Para lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan sebagai tukang kimpal di kilang penapis minyak, bengkel membaiki dan menyelenggara kereta motor, alatan elektrik dan juga loji jentera perindustrian atau menjalankan pekerjaan sendiri dengan mengadakan pelbagai kerja mengimpal serta membuat kerja secara kontrak.

Mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan di institut-institut kemahiran lanjutan seperti ADTEC, JMTI, MFI Dan IKTBN.

 
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dan Internet Explorer 7 dengan resolusi 1024 X 768.
Hakcipta © 2010 Institut Latihan Perindustrian Mersing. Semua Hakcipta Terpelihara.

Free Joomla Templates by JoomlaShine.com
ILPMersing
ILPMersing
Twitter ILPMersing