Malay English

Untuk maklumat lanjut,sila hubungi:

Ketua Bahagian (IT)
Institut Latihan Perindustrian Mersing
KM 16, Jalan Jemaluang
86800 Mersing, Johor

Tel : 07-7921774 | Faks : 07-7921704
email : nurulafiza@jtm.gov.my

Teknologi Komputer (Rangkaian)

  • PDF
  • Print
  • E-mail

Pengenalan

Kursus yang ditawarkan ini akan memberi pendedahan kepada para pelajar dalam bidang rangkaian komputer, di mana pelajar akan diajar dari segi teori dan amali. Pelajar akan didedahkan dengan teknologi rangkaian komputer terkini dan akan dilatih secara 'job oriented'. Setelah menamatkan persijilan bagi Tahap 2 dan 3 (SKM), pelajar berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma kemahiran (DKM) di pusat-pusat latihan awam atau swasta seperti ADTEC. Peluang pekerjaan bagi mereka yang berjaya menamatkan latihan terbuka dalam sektor swasta/kerajaan yang menawarkan jawatan Pembantu dan Juruteknik Rangkaian Komputer ataupun lain-lain jawatan yang berkaitan dengan bidang ini memandangkan penggunaan komputer yang semakin meluaskan pada masa ini.

Objektif Latihan

  • Mengetahui dan memahami asas sistem rangkaian dan cara-cara pemasangannya
  • Berkebolehan melakar dan melukis ‘Plan Layout’ mengikut kepiawaian yang ditentukan menggunakan alat bantuan lukisan teknik/software dengan betul - Berkebolehan memasang dan menguji dan membaikpulih sesuatu rangkaian dengan teknik yang betul dan sesuai
  • Mengetahui komponen-konponen komputer serta spesifikasi dan penggunaannya
  • Berkebolehan mengaplikasikan komputer dengan betul dan selamat
  • Memahami langkah-langkah keselamatan penggunaan komputer ‘Company Security Policy’
  • Meningkatkan pengetahuan ke arah menceburi dalam bidang Rangkaian Komputer

Keterangan Kursus

Berikut adalah kandungan kursus rangkaian komputer

  • Comply With Company Policies
  • Server Setup
  • Fiber Cabling
  • Copper Network Installation
  • Site Preparation
  • Network Performance
  • Network Maintenance Activities
  • Network Troubleshooting
  • Network Documentation
  • Implement Anti-Virus
  • Perform backup Activities
  • Study Plan Layout
  • Copper Cabling
  • Conduct Pre Installation Hardware/Software
  • Handle Network Equipment/Software
  • Latihan Industri (3 Bulan)

Kemudahan

Di antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di bengkel Teknologi Maklumat adalah seperti berikut :-

  • 2 buah bilik kuliah
  • 4 buah bilik bacaan
  • Loker untuk setiap pelajar lelaki dan perempuan
  • Makmal-makmal seperti:- 

     1. Makmal Windows NT
     2. Makmal Linux
     3. Makmal Pekakasan Rangkaian
     4. Makmal Aplikasi
     5. Makmal WAN
     6. Makmal Penyelengaraan Komputer
     7. Kemudahan Internet / Intranet
     8. Bilik Server

Tempoh Kursus

Bengkel Teknologi Maklumat menawarkan kursus sepenuh masa selama 3 semester dan 3 bulan Latihan Industri untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3.

Kelayakan Masuk

  • Lulus SPM/SPMV atau setaraf bagi kursus yang bermula dengan Tahap 2.
  • Bagi kursus yang bermula dari tahap 3, calon mesti mempunyai SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau Sijil Latihan Vokasional yang setaraf.

Persijilan

  • Sijil Teknologi ILJTM
  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan 3

Prospek Kerjaya

Para pelajar bagi kursus ini boleh menjawat jawatan sebagai Pembantu Juruteknik Rangkaian Komputer dan Juruteknik Rangkaian Komputer.

 
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dan Internet Explorer 7 dengan resolusi 1024 X 768.
Hakcipta © 2010 Institut Latihan Perindustrian Mersing. Semua Hakcipta Terpelihara.

Free Joomla Templates by JoomlaShine.com
ILPMersing
ILPMersing
Twitter ILPMersing