Malay English

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

  • PDF
  • Print
  • E-mail

29 September 2010 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1431H Institut Latihan Perindustrian Mersing telah diadakan pada 29 September 2010, bermula 8.30 malam bertempat di Dewan Besar ILP Mersing. Majlis tahunan tersebut dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) ILP Mersing sempena bulan Syawal bagi meraikan semua kakitangan dan keluarga ILP Mersing telah berlangsung dalam suasana Hari Raya yang begitu meriah.

Majlis tersebut yang dihadiri oleh hampir keseluruhan kakitangan ILP Mering bersama keluarga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tuan Pengarah, En. Sarman bin Rawan dan Isteri beserta beberapa tetamu jemputan. Semua hadirin dan tetamu dihidangkan dengan juadah yang begitu menyelerakan seperti sate, nasi minyak, ayam golek, lemang, ketupat dan juga rendang. Majlis yang berlangsung selama dua jam itu turut diselangi oleh persembahan tarian zapin dan kurik kundi oleh kumpulan pelajar ILP Mersing. Di akhir majlis, KSDK turut menyumbang duit raya kepada kanak-kanak yang hadir yang disampaikan oleh Tuan Pengarah.

 
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dan Internet Explorer 7 dengan resolusi 1024 X 768.
Hakcipta © 2010 Institut Latihan Perindustrian Mersing. Semua Hakcipta Terpelihara.

Free Joomla Templates by JoomlaShine.com
ILPMersing
ILPMersing
Twitter ILPMersing