Malay English

Program Kerjasama JTM-PETRONAS - Kimpalan 6G & 6GR

  • PDF
  • Print
  • E-mail

Pengenalan  

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing merupakan sebuah institut yang menyediakan latihan kemahiran di bawah Jabatan Tenaga Manusia. ILP Mersing menyediakan latihan kemahiran dalam bidang Telekomunikasi, Komputer Rangkaian, Elektrik, Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Automotif dan Kimpalan Arka dan Gas. Program latihan kemahiran yang dijalankan di ILP Mersing adalah di peringkat Diploma Teknologi dan Sijil Teknologi.

 

Bagi bidang Teknologi Kimpalan Arka dan Gas, satu kerjasama antara Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Petronas Management Training Sdn Bhd (PMTSB), dan Malaysia Marine Heavy Engineering(MMHE) telah dilaksanakan dan diberikan nama Program Kerjasama JTM-Petronas-MMHE 3G/4G SMAW. Program kerjasama yang dijalankan bermula tahun 2009 ini bertujuan bagi melahirkan tenaga mahir dalam bidang kimpalan dan bagi memenuhi kehendak industri terutama dalam industri minyak dan gas. Di bawah program ini, peserta akan menjalani latihan mengimpal melalui proses ‘Shield Metal Arc Welding’ (SMAW) pada kedudukan 3G dan 4G di ILP Mersing dan akan diuji melalui Ujian Kelayakan Mengimpal (WQT) di MMHE.  

 

Namun begitu dalam menghadapi cabaran dan arus perkembangan industri, ILP Mersing bercadang untuk mengorak langkah dengan meningkatkan dan mengembangkan program kerjasama ini ke peringkat yang lebih tinggi, iaitu menjalankan Program Kerjasama JTM-Petronas 6G/6GR di bawah program kerjasama ini.

 

Antara kelebihan pelaksanaan Program Kerjasama JTM-Petronas 6G/6GR ini ialah :

  1. Pensijilan 6GR telah merangkumi kesemua kedudukan termasuk 3G dan 4G.
  2. Peserta yang telah tamat program berpeluang untuk meningkatkkan gaji dan juga kemahiran.
  3. Pensijilan 6GR memberikan peluang pekerjaan yang meluas dan memiliki pasaran kerja yang tinggi.
  4. Pensijilan yang bakal dijalankan diiktiraf oleh ‘Third Party’ dan diakui di industri.
  5. Memberikan peluang kepada pelajar terutama pelajar dari ILJTM untuk memiliki pengiktirafan tambahan.
  6. Dapat meningkatkan kualiti keluaran ILJTM dan meningkatkan pasaran dan juga keyakinan industri terhadap pelajar ILJTM.
  7. Menarik minat pelajar bagi menyertai program 6GR.
  8. Pihak industri dapat memenuhi keperluan tenaga mahir melalui program yang dijalankan berdasarkan kehendak piawaian.

 

Kaedah Pelaksanaan Program

 

Kaedah dan proses perlaksanaan program telah dibincangkan di peringkat ILP Mersing. Antara yang dicadangkan ialah:

1. Pengambilan peserta

a.Pengambilan peserta akan di fokuskan dan diberi peluang kepada pelajar kimpalan dari ILJTM dan juga pusat kemahiran awam serta swasta.

b.Sesi pengambilan dijangkakan 4 sesi setahun dengan jumlah 80 orang peserta setahun.

2Latihan

Latihan mengimpal akan dilaksanakan selama 10 minggu di ILP Mersing bagi setiap sesi serta akan ditambah nilai dengan latihan keselamatan dan teori.

 

Kemudahan

Sepanjang latihan intensif selama 10 minggu di ILP Mersing, para pelajar akan disediakan dengan kemudahan asrama dan makan.

 

Kelayakan Masuk

Kelayakan minimum bagi menyertai program ini ialah sekurang-kurangnya memiliki SKM Tahap 2 dalam bidang Teknologi Kimpalan.

 

Persijilan

Para pelajar yang mengikuti program ini akan dianugerahkan dengan sijil khas "Certified Welder " yang akan dikeluarkan oleh pihak JTM dan disahkan "3rd Party". Para pelajar juga akan menerima kad "Qualified Welder 6G/6GR" yang akan dikeluarkan oleh "3rd Party" dan disahkan oleh Petronas.

 

Prospek Kerjaya

Para pelajar yang lulus dalam Program Kerjasama JTM-Petronas 6G/6GR ini boleh bekerja sebagai pengimpal di syarikat peneraju Gas & Minyak serta bidang perkapalan.

 

PERMOHONAN

Warganegara Malaysia yang berketerampilan dalam bidang kimpalan adalah dipelawa untuk mengikuti Program Kerjasama JTM-Petronas 6G/6GR ini. Permohonan adalah dibuka sepanjang masa dan pengambilan dibuat empat (4) kali setahun. Mereka yang berminat bolehlah menghantar resume atau menghubungi terus pegawai berikut :

a. Penyelaras Program : En Muhammad Latiff bin Enet Ghani

                                       Telefon : 07 - 792 1799

                                       Email : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

b. Pen. Penyelaras Program : En Wiralela bin Mohd

                                               Telefon : 07 - 792 1796

                                               Email : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dan Internet Explorer 7 dengan resolusi 1024 X 768.
Hakcipta © 2010 Institut Latihan Perindustrian Mersing. Semua Hakcipta Terpelihara.

Free Joomla Templates by JoomlaShine.com
ILPMersing
ILPMersing
Twitter ILPMersing