JURUELEKTRIK Keterangan Kursus: Pelajar akan diajar cara-cara mendawai,memasang,mengendali dan menguji pendawaian satu dan tiga fasa (domestik dan industri), mencari, mengesan dan merawat kerosakan alat-alat elektrik serta mengawal, membaikpulih alat janakuasa, motor dan peralatan elektrik industri mengikut piwaian Suruhanjaya Tenaga (ST).
Prospek Kerja:
Penyelia atau penilai bagi firma kontrak elektrik. Mereka yang mempunyai sijil kelayakan, modal dan kemahiran boleh memulakan perniagaan sendiri sebagai kontraktor. elektrik.
PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA Keterangan Kursus: Pelajar akan mepelajari sistem mampatan dan pemeluwapan, memasang dan menyambungkan sistem paip penyejukan, menganalisa teknik-teknik rawatan elektrikal dan mekanikal serta memilih jenis-jenis penyamanan udara mengikut keperluan.
Prospek Kerja:
Juruteknik bidang penyejukbekuan dan penyamanan udara di bangunan domestik dan perdagangan seperti pejabat, hotel, hospital, bank dan di industri pembuatan makanan serta keperluan dalam industri automotif.