- Menyelia dan mengawal mutu latihan yang dijalankan di ILP Mersing agar memenuhi / menepati kurikulum dan syarat-syarat persijilan yang telah ditetapkan.
- Menyelaras dan menyedia pembangunan bahan latihan / panduan pembelajaran dan pengajar supaya latihan berjalan lancar dan dapat melahirkan tenaga mahir yang berketrampilan.
- Merancang dan menyelaras kursus jangka pendek kepada pihak industri.
- Melaksanakan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan latihan vokasional di peringkat ILP Mersing dan membantu CIAST untuk peringkat jabatan.
- Menguruskan persijilan pelajar dan pusat bertauliah dalam melaksanakan Sistem Penilaian Berterusan dan Persijilan Kemahiran Malaysia.
- Menyelaras aktiviti Business Plan di peringkat ILP Mersing.
- Menyelaras Jawatankuasa Penasihat dalam pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia.
Terakhir dikemaskini (Khamis, 18 Jun 2009 16:48)