Pengenalan

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing adalah sebuah Institut Kemahiran Awam dibawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

Kursus Automotif dikendalikan oleh Bahagian Automotif yang berada di bawah Jabatan Mekanikal & Pengeluaran, Institut Latihan Perindustrian Mersing.



Objektif Latihan

  • Melahirkan tenaga kerja mahir didalam bidang Automotif yang diperlukan oleh sektor Industri Automotif Negara.
  • Meningkatkan kualiti kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara.
  • Mewujudkan peluang untuk belia lepasan sekolah mendapatkan latihan kemahiran perindustrian yang sistematik bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan.


Keterangan Kursus

Kursus Automotif adalah kursus yang melibatkan kerja-kerja latihan menyelenggara, merombakrawat dan membaikpulih kenderaan dimana ianya melibatkan beberapa sistem seperti sistem enjin, sistem autoelektrik, sistem penghantaran, sistem brek, sistem penyamanan udara kereta, sistem gantungan dan sistem stering. Pelajar yang mengikuti kursus ini akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal memenuhi kehendak persijilan:-

Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan ( MLVK ) sehingga ke tahap 3


  • Jabatan Tenaga Manusia ( Sijil Juruteknik )

  • Kemudahan

    Bengkel Dan Makmal Komputer

    Kelengkapan peralatan adalah memenuhi kehendak persijilan serta kemudahan makmal komputer

    Elaun

    Elaun saku sebanyak RM 100 sebulan.
     
    Elaun latihan sambil bekerja sebanyak RM300.  

    Penginapan

    Penginapan asrama dan makan diberikan percuma.

    Riadah

    Surau, dewan besar dan padang permainan untuk kegiatan sukan, riadah dan kegiatan keagamaan


    Tempoh Kursus

    Tempoh masa kursus adalah selama 1 tahun (latihan) dan 3 bulan latihan sambil berkerja (on job training) - Tahap 1dan Tahap 2



    Kelayakan Masuk
     

    Kursus Sepenuh Masa

    Kelayakan untuk memasuki kursus Automotif ialah SPM/SPMV serta lulus Matematik & Sains


    Persijilan


    Para pelajar yang telah mengikuti kursus ini dengan jayanya akan memperolehi:-


    • Sijil Juruteknik Perindustrian oleh JTM
    • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 & 2 oleh MLVK.
     
    Prospek Kerjaya


    Lulusan ILP mempunyai peluang kerjaya yang cerah dan menarik di pusat servis kenderaan, kilang pemasangan kereta atau membuka bengkel sendiri.

    Mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat SKM tahap 3 dan 4 (setaraf diploma) dan tahap 5 (setaraf Ijazah) di institusi–institusi kemahiran lanjutan seperti ADTEC, JMTI, GMI, MFI dan IKTBN.

    Terakhir dikemaskini (Rabu, 14 Januari 2009 15:20)

     
    Email Rasmi
    E-Kerajaan
     
     
     msc
    mygov
     
     
    Mutiara Kata
    "Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka" - Soekarno
    Berita Terkini

     

    Selamat memulakan pengajian sesi 2/2010 kepada para pelajar ILP Mersing.

     


     

     

    Para kakitangan ILP Mersing diminta untuk mengemaskini maklumat peribadi HRMIS di pejabat Pentadbiran. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cik Faridah di sambungan 1732.

     


     
    Kepada bekas pelajar ILP Mersing, anda dipelawa untuk menyertai Alumni ILP Mersing. Sila klik pendaftaran di menu Alumni.
     

     

     

    Waktu Solat

    [ Tukar Kawasan ]
    Tutup
    Jumlah Pelawat
    mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
    mod_vvisit_counterHari Ini71
    mod_vvisit_counterSemalam281
    mod_vvisit_counterMinggu Ini677
    mod_vvisit_counterBulan Ini2183
    mod_vvisit_counterSemua147245