Pengenalan

Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang ditubuhkan di bawah Jabatan Tenaga Manusia bertujuan memberi latihan teknikal secara formal kepada pekerja-pekerja sektor perindustrian dan para belia lepasan sekolah bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran di dalam bidang tertentu. Selaras dengan itu, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing menawarkan kursus Juruelektrik disamping lima kursus lain. Bengkel ini telah disiapkan pada bulan Disember 2004 dengan dilengkapi kemudahan peralatan dan teknologi yang moden dan terkini. Bengkel ini dapat menampung seramai 600 orang pelajar pada setiap masa. Selain daripada itu, bengkel ini juga mengendalikan kursus-kursus separuh masa berbentuk Modular dan Customised bagi memenuhi keperluan industri.



Objektif Latihan

  • Mengeluarkan tenaga mahir dan berpengatahuan di bidang Juruelektrik.
  • Memberi pendedahan pengkhususan Juruelektrik serta kemahiran sepenuhnya.
  • Memenuhi permintaan ramai pihak terutama Industri, dan Swasta.
  • Dapat melahirkan usahawan atau kontraktor di bidang Elektrik khususnya.

Keterangan Kursus
Kursus ini menjalankan latihan Sepenuh Masa dan Separuh Masa yang meliputi:-
  • Keselamatan & Pertolongan Cemas
  • Asas Elektrik
  • Peralatan Pengukuran & Perlindungan
  • Pendawaian Domestik & Industri
  • Turutan Pengujian
  • Mengesan & Membaikpulih kerosakan
  • Lukisan Kejuruteraan & Elektrik
  • Asas Komputer

Kemudahan

Sebuah Bengkel Juruelektik yang lengkap dengan kemudahan seperti berikut:-

  • Kelas yang berhawa dingin
  • Bilik Pendawaian Domestik dan Industri
  • Bilik kawalan Motor
  • Bilik Lukisan Kejuruteraan
  • Bilik Pengujian (Makmal)
  • Ruang kerja yang luas
Kursus Juruelektrik juga menyediakan peralatan Latihan yang canggih dan terkini, sesuai dengan sasaran institut latihan.

Latihan Teori dan Amali dilatih oleh Tenaga Pengajar yang berpengalaman dan berpengetahuan di bidang ini.

Kemudahan lain juga disediakan seperti makmal Komputer yang lengkap dengan Rangkaian Setempat (LAN) dan kemudahan Internet, sesuai dengan kepesatan dunia ICT, bagi membolehkan pelajar dapat menimba ilmu dan membuat kerja berkaitan.


Tempoh Kursus

Kursus Juruelektrik yang dijalankan di institut ini adalah dibawah Suruhanjaya Tenaga (ST) mengikut tempoh yang telah ditetapkan selama Dua Tahun.


Kelayakan Masuk

Kursus Sepenuh Masa

SPM atau SPM (V) dan setaraf dengannya serta kepujian Matematik atau Sains serta lulus Bahasa Malaysia.


  • Kursus Separuh Masa
  • Kelayakan minima ditentukan oleh industri.

Yuran Kemasukan RM 3000 Bagi Pelajar Tajaan



Persijilan

 

Sijil Pendawai Elektrik Fasa Tunggal

Sijil Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal dikendali oleh Suruhanjaya Tenaga(ST) dalam tempoh Dua Tahun yang di kenali Sijil PW2 Juruelektrik (Wireman).


  • Sijil Kemahiran Malayisa (SKM)
  • Sijil ini ditauliahkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).
  • Sijil Juruteknik
  • Sijil ini ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)


Prospek Kerjaya


Pelajar yang telah tamat dalam bidang Juruelektrik dapat memenuhi bidang industri / swasta seperti:-


  • Juruteknik
  • Pendawai Elektrik (Wireman)
  • Kontraktor Elektrik
  • Pembekal Elektrik
 
Email Rasmi
E-Kerajaan
 
 
 msc
mygov
 
 
Mutiara Kata
"Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka" - Soekarno
Berita Terkini

 

Selamat memulakan pengajian sesi 2/2010 kepada para pelajar ILP Mersing.

 


 

 

Para kakitangan ILP Mersing diminta untuk mengemaskini maklumat peribadi HRMIS di pejabat Pentadbiran. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cik Faridah di sambungan 1732.

 


 
Kepada bekas pelajar ILP Mersing, anda dipelawa untuk menyertai Alumni ILP Mersing. Sila klik pendaftaran di menu Alumni.
 

 

 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Jumlah Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini134
mod_vvisit_counterSemalam281
mod_vvisit_counterMinggu Ini740
mod_vvisit_counterBulan Ini2246
mod_vvisit_counterSemua147307