
Slogan amalan 5S ILP Mersing ialah ‘Amalan 5S Penjana Kecemerlangan’ yang bermaksud kesan daripada amalan 5S ialah kecemerlangan yang berterusan.
Penerangan Logo 5S ILP Mersing.
Logo ini berbentuk dua bulatan melambangkan kerjasama antara kakitangan dan pelajar untuk melaksanakan amalan 5S. Bulatan besar berwarna merah melambangkan kakitangan dan pensyarah. Manakala bulatan kecil berwarna biru melambangkan pelatih yang dibimbing. Penerapan tulisan 5S bersaiz besar, berwarna biru dan disaluti warna emas di tengah logo ini menunjukkan kepentingan 5S di ILP Mersing. Pemilihan warna biru dan emas di tulisan 5S ini kerana warna tersebut adalah warna rasmi logo JTM. Dua jenis warna biru telah dipilih bagi tulisan 5S bagi melambangkan sistem berperingkat yang digunakan oleh ILP Mersing bagi melaksanakan amalan 5S. Di antara Bulatan Besar dan bulatan kecil, dinyatakan elemen 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal dalam dua bahasa; melayu dan jepun. Bulatan kecil berwarna hitam terletak di antara turutan elemen 5S menunjukkan bahawa amalan 5S dijalankan secara berterusan (‘continuous’). Bentuk tiga jalur berwarna kuning, merah dan biru yang seragam menuju satu titik menunjukkan amalan 5S memerlukan keseragaman dan berterusan ke arah matlamat yang sama. Tiga warna tersebut melambangkan:
Pengkelasan warna-warna di atas akan digunakan dalam sistem pelabelan (Tagging system) di ILP Mersing.
Sistem e-5S
Sistem e-5S merupakan satu sistem yang khusus dibangunkan untuk kegunaan kakitangan ILP Mersing sahaja. Fungsi sistem ini adalah sebagai tempat pengumpulan maklumat berkaitan dokumen 5S di ILP Mersing ini.
Oleh yang demikian kakitangan ILP Mersing boleh mengakses sistem ini melalui pautan berikut
Pengenalan
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing merupakan sebuah institut yang menyediakan latihan kemahiran di bawah Jabatan Tenaga Manusia. ILP Mersing menyediakan latihan kemahiran dalam bidang Telekomunikasi, Komputer Rangkaian, Elektrik, Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Automotif dan Kimpalan Arka dan Gas. Program latihan kemahiran yang dijalankan di ILP Mersing adalah di peringkat Diploma Teknologi dan Sijil Teknologi.
Bagi bidang Teknologi Kimpalan Arka dan Gas, satu kerjasama antara Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Petronas Management Training Sdn Bhd (PMTSB), dan Malaysia Marine Heavy Engineering(MMHE) telah dilaksanakan dan diberikan nama Program Kerjasama JTM-Petronas-MMHE 3G/4G SMAW. Program kerjasama yang dijalankan bermula tahun 2009 ini bertujuan bagi melahirkan tenaga mahir dalam bidang kimpalan dan bagi memenuhi kehendak industri terutama dalam industri minyak dan gas. Di bawah program ini, peserta akan menjalani latihan mengimpal melalui proses ‘Shield Metal Arc Welding’ (SMAW) pada kedudukan 3G dan 4G di ILP Mersing dan akan diuji melalui Ujian Kelayakan Mengimpal (WQT) di MMHE.
Namun begitu dalam menghadapi cabaran dan arus perkembangan industri, ILP Mersing bercadang untuk mengorak langkah dengan meningkatkan dan mengembangkan program kerjasama ini ke peringkat yang lebih tinggi, iaitu menjalankan Program Kerjasama JTM-Petronas 6G/6GR di bawah program kerjasama ini.
Antara kelebihan pelaksanaan Program Kerjasama JTM-Petronas 6G/6GR ini ialah :
Kaedah Pelaksanaan Program
Kaedah dan proses perlaksanaan program telah dibincangkan di peringkat ILP Mersing. Antara yang dicadangkan ialah:
1. Pengambilan peserta
a.Pengambilan peserta akan di fokuskan dan diberi peluang kepada pelajar kimpalan dari ILJTM dan juga pusat kemahiran awam serta swasta.
b.Sesi pengambilan dijangkakan 4 sesi setahun dengan jumlah 80 orang peserta setahun.
2. Latihan
Latihan mengimpal akan dilaksanakan selama 10 minggu di ILP Mersing bagi setiap sesi serta akan ditambah nilai dengan latihan keselamatan dan teori.
Kemudahan
Sepanjang latihan intensif selama 10 minggu di ILP Mersing, para pelajar akan disediakan dengan kemudahan asrama dan makan.
Kelayakan Masuk
Kelayakan minimum bagi menyertai program ini ialah sekurang-kurangnya memiliki SKM Tahap 2 dalam bidang Teknologi Kimpalan.
Persijilan
Para pelajar yang mengikuti program ini akan dianugerahkan dengan sijil khas "Certified Welder " yang akan dikeluarkan oleh pihak JTM dan disahkan "3rd Party". Para pelajar juga akan menerima kad "Qualified Welder 6G/6GR" yang akan dikeluarkan oleh "3rd Party" dan disahkan oleh Petronas.
Prospek Kerjaya
Para pelajar yang lulus dalam Program Kerjasama JTM-Petronas 6G/6GR ini boleh bekerja sebagai pengimpal di syarikat peneraju Gas & Minyak serta bidang perkapalan.
PERMOHONAN
Warganegara Malaysia yang berketerampilan dalam bidang kimpalan adalah dipelawa untuk mengikuti Program Kerjasama JTM-Petronas 6G/6GR ini. Permohonan adalah dibuka sepanjang masa. Mereka yang berminat bolehlah menghubungi pegawai-pegawai berikut :
a. Penyelaras Program : En Muhammad Latiff bin Enet Ghani
Telefon : 07 - 792 1799
Email : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
b. Pen. Penyelaras Program : En Wiralela bin Mohd
Telefon : 07 - 792 1796
Email : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Institut Latihan Perindustrian Mersing
KM 16, Jalan Jemaluang
86800 Mersing
Johor Darul Takzim
No. Telefon : 07-7921700, 07-7921701
No. Faks : 07-7921704
E-mail :
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
| Jabatan/Bahagian |
No. Telefon |
Pegawai Untuk Dihubungi |
| Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan | 07-7921719 | Pn. Haizan binti Hussein |
| Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan | 07-7921720 | Hj. Mohd Supaat bin Sayuti |
| Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset | 07-7921721 | En. Abdul Rahim bin Mustafa Khalid |
| Jabatan Mekanikal & Pengeluaran | 07-7921736 | En. Abd Shokor bin Abd Talib |
| Jabatan Elektrikal & Elektronik | 07-7921735 | En. Mohamad Shukri bin Ghani |
| Jabatan Teknologi Komputer & Maklumat | 07-7921774 | En. Mohd Syahrulnizam bin Razali |
Page 1 of 8