Pengenalan

Kursus yang ditawarkan ini akan memberi pendedahan kepada para pelajar dalam bidang rangkaian komputer, di mana pelajar akan diajar dari segi teori dan amali. Pelajar akan didedahkan dengan teknologi rangkaian komputer terkini dan akan dilatih secara ‘job-oriented’. Setelah menamatkan persijilan bagi Tahap 2 dan 3 (SKM), pelajar berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma kemahiran (DKM) di pusat-pusat latihan awam atau swasta seperti ADTEC. Peluang pekerjaan bagi mereka yang berjaya menamatkan latihan terbuka dalam sektor swasta/kerajaan yang menawarkan jawatan Pembantu dan Juruteknik Rangkaian Komputer ataupun lain-lain jawatan yang berkaitan dengan bidang ini memandangkan penggunaan komputer yang semakin meluaskan pada masa ini.


Objektif Latihan

  • Mengetahui dan memahami asas sistem rang kaian dan cara-cara pemasangannya
  • Berkebolehan melakar dan melukis ‘Plan Layout’ mengikut kepiawaian yang ditentukan menggunakan alat bantuan lukisan teknik/software dengan betul 
  • Berkebolehan memasang dan menguji dan membaikpulih sesuatu rangkaian dengan teknik yang betul dan sesuai
  • Mengetahui komponen-konponen komputer serta spesifikasi dan penggunaannya
  • Berkebolehan mengaplikasikan komputer dengan betul dan selamat
  • Memahami langkah-langkah keselamatan penggunaan komputer ‘Company Security Policy’
  • Meningkatkan pengetahuan ke arah menceburi dalam bidang Rangkaian Komputer

Keterangan Kursus

Berikut adalah kandungan kursus rangkaian komputer

  • Comply With Company Policies
  • Server Setup
  • Fiber Cabling
  • Copper Network Installation
  • Site Preparation
  • Network Performance
  • Network Maintenance Activities
  • Network Troubleshooting
  • Network Documentation
  • Implement Anti-Virus
  • Perform backup Activities
  • Study Plan Layout
  • Copper Cabling
  • Conduct Pre Installation Hardware/Software
  • Handle Network Equipment/Software
  • On Job Training (3 Bulan)

Kemudahan

Di antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di bengkel Teknologi Maklumat adalah:-

  • 2 buah bilik kuliah
  • 4 buah bilik bacaan
  • Loker untuk setiap pelajar lelaki dan perempuan


Makmal-makmal seperti:-

  • Makmal Windows NT
  • Makmal Linux
  • Makmal Pekakasan Rangkaian
  • Makmal Aplikasi
  • Makmal WAN
  • Makmal Penyelengaraan Komputer
  • akKemudahan Internet / Intranet
  • Bilik Server

Tempoh Kursus

Bengkel Teknologi Maklumat menawarkan kursus sepenuh masa selama 15 bulan termasuk On-Job training (OJT) untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3.
  • Tahap 2 - 6 Bulan
  • Tahap 3 - 6 Bulan
  • OJT - 3 Bulan


Kelayakan Masuk

Kursus Sepenuh Masa
  • Lulus SPM/SPMV atau setaraf bagi kursus yang bermula dengan Tahap 2.
 
Bagi kursus yang bermula dari tahap 3, calon mesti mempunyai :-
  • SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau Sijil Latihan Vokasional yang setaraf.
 
Kursus Separuh Masa

Kelayakan minima ditentukan oleh industri.


Persijilan

  • Sijil Juruteknik Industri ILJTM
  • Sijil Kemahiran Malaysia
  • D-051-2 - Pembantu Juruteknik Rangkaian Komputer
  • D-051-3 - Juruteknik Rangkaian Komputer

Prospek Kerjaya

Para pelajar bagi kursus ini boleh menjawat jawatan sebagai Pembantu Juruteknik Rangkaian Komputer dan Juruteknik Rangkaian Komputer

Terakhir dikemaskini (Rabu, 14 Januari 2009 16:12)

 
Email Rasmi
E-Kerajaan
 
 
 msc
mygov
 
 
Mutiara Kata
"Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh" -Albert Einstein
Berita Terkini

 

Selamat memulakan pengajian sesi 2/2010 kepada para pelajar ILP Mersing.

 


 

 

Para kakitangan ILP Mersing diminta untuk mengemaskini maklumat peribadi HRMIS di pejabat Pentadbiran. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cik Faridah di sambungan 1732.

 


 
Kepada bekas pelajar ILP Mersing, anda dipelawa untuk menyertai Alumni ILP Mersing. Sila klik pendaftaran di menu Alumni.
 

 

 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Jumlah Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini72
mod_vvisit_counterSemalam281
mod_vvisit_counterMinggu Ini678
mod_vvisit_counterBulan Ini2184
mod_vvisit_counterSemua147246