Pengenalan
Telekomunikasi merupakan salah satu daripada enam kursus yang ditawarkan di ILP Mersing. Bengkel telekomunikasi berada di bawah Jabatan Teknologi Sains Komputer dan Maklumat. Bengkel Telekomunikasi menawarkan program sepenuh masa di peringkat sijil dengan kemudahan, peralatan dan teknologi yang moden dan terkini. Bengkel ini dapat menampung seramai 60 orang pelajar pada satu-satu masa.
Objektif LatihanMemudahkan pembelajaran di dalam bentuk teori dan amali bertepatan dengan sukatan latihan dengan penekanan dan corak disiplin latihan yang jitu.
- Berusaha untuk melahirkan pelajar yang berkualiti, berhemat, berwawasan, berdisiplin tinggi bersesuian dengan kehendak dan keperluan negara.
- Untuk mengeluarkan lulusan yang mahir bagi pihak industri dalam bidang telekomunikasi.
- Membentuk kerjasama yang baik dengan pihak industri dan bidang kemahiran bagi meningkatkan kualiti.
Keterangan Kursus Bengkel telekomunikasi menawarkan kursus kemahiran yang meliputi latihan teori dan amali seperti:-
- Penyediaan dan pemerhatian ke tapak kerja
- Pemasangan peralatan dan kelengkapan kerja
- Penglibatan diri di dalam menguruskan sesuatu projek
- Penyediaan dan mengemaskini dokumen projek
- Melaksanakan fungsi pengurusan
Kemudahan Di antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di bengkel telekomunikasi adalah:-
- Loker untuk setiap pelajar lelaki dan perempuan
Makmal-makmal seperti:-
Tempoh Kursus
Bengkel telekomunikasi menawarkan kursus sepenuh masa selama 15 bulan termasuk
On-Job training (OJT) untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3.
6 bulan untuk SKM Tahap 2
6 bulan untuk SKM Tahap 3
3 bulan untuk On-Job Training
Kelayakan Masuk
Pemohon-pemohon yang berminat untuk mengikuti kursus Telekomunikasi ini mestilah sekurang-kurangnya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)
PersijilanBengkel telekomunikasi melaksanakan latihan kemahiran dengan berpandukan kepada National Occupational Skill Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Kebangsaan.
Pelajar yang berjaya akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dan Sijil Juruteknik Perindustrian yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
Prospek Kerjaya Para pelajar bagi lepasan kursus ini boleh menjawat jawatan sebagai Pembantu Juruteknik Pemasangan Operasi Rangkaian Perhubungan Pelanggan dan Juruteknik Pemasangan Operasi Rangkaian Perhubungan Pelanggan.