Pengenalan

Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang ditubuhkan di bawah Jabatan Tenaga Manusia bertujuan memberi latihan teknikal secara formal kepada pekerja-pekerja sektor perindustrian dan para belia lepasan sekolah bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran di dalam bidang tertentu. Selaras dengan itu, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing menawarkan kursus Penyejukbekuan & Penyamanan Udara disamping lima kursus lain. Bengkel ini telah disiapkan pada bulan Disember 2004 dengan dilengkapi kemudahan peralatan dan teknologi yang moden dan terkini. Bengkel ini dapat menampung seramai 60 orang pelajar pada setiap masa. Selain daripada itu, bengkel ini juga mengendalikan kursus-kursus separuh masa berbentuk Modular dan Customised bagi memenuhi keperluan industri.

 

Objektif Latihan

  • Mengeluarkan tenaga mahir dalam bidang Penyejukbekuan & Penyamanan Udara secara formal dan berterusan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian.
  • Meningkatkan kualiti kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara.
  • Mewujudkan peluang untuk belia lepasan sekolah mendapatkan latihan kemahiran perindustrian yang sistematik bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan.


Keterangan Kursus

 

Tahap Satu

Konsep peraturan keselamatan, Guna & senggara alatan tangan dan mesin, Guna peralatan pengukuran & pengujian, Cara baca lukisan teknikal, Pembentukan & penyambungan tiub. Pembentukan & penyambungan kerja logam, Memasang pelbagai komponen di dalam system penyejukbekuan & penyamanan udara. Memasang dan menguji system penyejukbekuan, Memasang dan menguji system Penyamanan udara, Selenggara dan cegah pada system penyejukbekuan & penyamanan udara

 

Tahap Dua

Guna peralatan pengukuran & pengujian, Cara baca lukisan teknikal, Pembentukan & penyambungan tiub. Pembentukan & penyambungan kerja logam, Memasang pelbagai komponen di dalam system penyejukbekuan & penyamanan udara,Memasang dan menguji system penyejukbekuan, Memasang dan menguji system Penyamanan udara, Selenggara dan cegah pada system penyejukbekuan & penyamanan udara, Baikpulih system elektrik & elektronik, Mengesan kerosakan dan baikpulih peralatan penyejukbekuan dan penyamanan udara.



Kemudahan

Di antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di bengkel Penyejukbekuan & Penyamanan Udara serta kemudahan-kemudahan lain adalah:-
2 buah bilik kuliah
  • 4 buah bilik bacaan
  • Loker untuk setiap pelajar lelaki dan perempuan

 

Makmal-makmal seperti:-

  • Makmal Komputer
  • Makmal Elektrik
  • Makmal AHU
  • Makmal Lukisan
  • Makmal Kimpalan
  • Makmal membaik pulih Penyejukbekuan & Penyamanan Udara.
  • Latihan Kemahiran.
  • Asrama dan makanan bagi pelajar adalah percuma (kecuali pelajar tajaan atau yayasan negeri).
  • Kemudahan sukan.
  • Lawatan industri.
  • Peralatan dan kelengkapan canggih dan terkini yang diguna pakai oleh sektor perindustrian seperti ‘Cold Room’, ‘Wall Unit’, ‘Ceiling Unit’, ‘Marine Cooling System’ dan ‘Centralize Unit’.

Tempoh Kursus

Bengkel Penyejukbekuan & Penyamanan Udara menawarkan kursus sepenuh masa mengikut kelayakan kursus yang dipohon iaitu selama diantara 15 bulan hingga 2 tahun termasuk On-Job Training (OJT) untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dan Tahap 2.


Kelayakan Masuk
  • Kursus Sepenuh Masa
  • Warganegara Malaysia.
  • Belia lepasan sekolah atau pekerja industri yang berumur 17 hingga 30 tahun.
  • Kelulusan akademik bergantung kepada bidang kursus yang dipohon. Lulus SPM/SPMV (Lulus Sains atau Matematik serta Lulus Bahasa Malaysia) atau setaraf bagi kursus yang bermula dengan Tahap 1.


Bagi kursus yang bermula dari tahap 3, calon mesti mempunyai :-

  • SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau Sijil Latihan Vokasional yang setaraf, atau
  • Sijil dari Kolej Teknikal awam atau swasta yang setaraf.

 

Kursus Separuh Masa

  • Kelayakan minima ditentukan oleh industri.

Persijilan

JTM melaksanakan latihan kemahiran dengan berpandukan National Occupational Skill Standard (NOSS). Melalui sistem pentauliahan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) tersebut, pelajar yang lulus akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). JTM juga membangunkan sistem penilaian sendiri iaitu Sistem Penilaian Berterusan (SPB) dan pelajar yang lulus di peringkat sijil akan dianugerahkan Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP). Bagi Peserta kursus jangka pendek pula akan diberikan Sijil Kursus Meninggikan Kemahiran (KMK).


Prospek Kerjaya

Peluang pekerjaan kepada lepasan kursus ini adalah sangat menggalakkan. Penggunaan dan pengawasan alat-alat penyejukbekuan dan penyamanan udara sangat meluas. Penggunaannya terdapat di bangunan domestik dan perdagangan seperti pejabat, hotel, hospital, bank dan di industri pembuatan makanan serta keperluan industri automobil. Ia juga boleh dikembangkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi seperti Industri Berat yang mana penggunaan Penyejukbekuan & Penyamanan Udara begitu meluas terutamanya di dalam Industri Perkapalan.

Terakhir dikemaskini (Rabu, 14 Januari 2009 16:52)

 
Email Rasmi
E-Kerajaan
 
 
 msc
mygov
 
 
Mutiara Kata
“99% kegagalan datang dari orang-orang yang suka memberi alasan.” ~George Washington Carver~
Berita Terkini

 

Selamat memulakan pengajian sesi 2/2010 kepada para pelajar ILP Mersing.

 


 

 

Para kakitangan ILP Mersing diminta untuk mengemaskini maklumat peribadi HRMIS di pejabat Pentadbiran. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cik Faridah di sambungan 1732.

 


 
Kepada bekas pelajar ILP Mersing, anda dipelawa untuk menyertai Alumni ILP Mersing. Sila klik pendaftaran di menu Alumni.
 

 

 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Jumlah Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini76
mod_vvisit_counterSemalam281
mod_vvisit_counterMinggu Ini682
mod_vvisit_counterBulan Ini2188
mod_vvisit_counterSemua147250