Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang ditubuhkan di bawah Jabatan Tenaga Manusia bertujuan memberi latihan teknikal secara formal kepada pekerja-pekerja sektor perindustrian dan para belia lepasan sekolah bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran di dalam bidang tertentu. Selaras dengan itu, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing menawarkan 6 kursus meliputi bidang elektrik, mekanikal dan IT. Institut ini telah disiapkan pada bulan Disember 2004 dengan dilengkapi kemudahan peralatan dan teknologi yang moden dan terkini. Bengkel ini dapat menampung seramai 600 orang pelajar pada satu-satu masa. Selain daripada itu, bengkel ini juga mengendalikan kursus-kursus separuh masa berbentuk Modular dan Customised bagi memenuhi keperluan industri.Institut Latihan Perindustrian  (ILP) Mersing telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor pada 31 Mac 2009.
 
 
Hari Bertemu Pelanggan ILP Mersing akan diadakan pada setiap hari Jumaat minggu pertama setiap bulan. Ia terbuka kepada semua pelanggan ILP Mersing termasuk para pelajar, Staf dan orang awam.
 

 

Kepada pelajar ILP Mersing keluaran 2/2009, anda bolehlah menyemak keputusan Peperiksaan Akhir anda di sini.

 

 

Warganegara Malaysia yang berketerampilan dalam bidang kimpalan adalah dipelawa untuk mengikuti Program Kimpalan 3G & 4G, iaitu satu program kerjasama di antara ILJTM, Petronas dan MMHE. Permohonan adalah secara online dan dibuka sepanjang masa. Sila klik di sini untuk baca seterusnya.

Sila klik di sini untuk permohonan secara online.

 


 
Email Rasmi
E-Kerajaan
 
 
 msc
mygov
 
 
Mutiara Kata
Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun
Berita Terkini

 

Selamat memulakan pengajian sesi 2/2010 kepada para pelajar ILP Mersing.

 


 

 

Para kakitangan ILP Mersing diminta untuk mengemaskini maklumat peribadi HRMIS di pejabat Pentadbiran. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cik Faridah di sambungan 1732.

 


 
Kepada bekas pelajar ILP Mersing, anda dipelawa untuk menyertai Alumni ILP Mersing. Sila klik pendaftaran di menu Alumni.
 

 

 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Jumlah Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini83
mod_vvisit_counterSemalam281
mod_vvisit_counterMinggu Ini689
mod_vvisit_counterBulan Ini2195
mod_vvisit_counterSemua147256