Insentif Penjana TVET JTM: Permohonan Program Reskilling & Upskilling ILP Mersing 2021

Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang berminat untuk menyertai Program PENJANA (Reskilling & Upskilling) boleh mohon kemasukan yang kini dibuka. Program ini merupakan satu inisiatif yang disediakan bagi memberi peluang latihan dan pekerjaan bagi rakyat Malaysia terutama lepasan SPM, graduan dan pekerja yang diberhentikan kerja. Setelah tamat latihan, peserta akan mendapat ilmu kemahiran dalam kursus yang ditawarkan dan boleh memasuki pasaran kerja dengan mudah.

MAKLUMAT PROGRAM

Poster_Penjana_JTM_komputer2021
Nama program: Program PENJANA (Reskilling & Upskilling) JTM
Tempat: Institut Latihan Perindustrian Mersing, Johor
Yuran: Dibiayai PENJANA TVET JTM

SENARAI KURSUS DITAWARKAN

Antara kursus yang ditawarkan adalah:

  1. Penyelenggaraan & Konfigurasi Komputer (Dibiayai - Insentif PENJANA TVET JTM)

Nota: Yuran kursus peserta adalah melalui insentif PENJANA TVET JTM. Insentif PENJANA hanya layak diterima sekali sahaja bagi setiap individu.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat permohonan yang perlu dipenuhi untuk pemohon yang berminat:

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Kategori pemohon: Orang awam, pekerja industri, lepasan sekolah/institusi pengajian tinggi, pencari kerja

KEISTIMEWAAN YANG DIBERIKAN:

  • Pembiayaan penuh Insentif PENJANA
  • Sijil Penyertaan diberikan
  • Makan minum disediakan

CARA MEMOHON

Orang ramai yang berminat untuk mohon dan memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan melalui borang secara online yang disediakan di pautan berikut:

Permohonan Program PENJANA (Reskilling & Upskilling) Tahun 2021

http://www.ilpmsg.gov.my/penjanajtmict
http://www.ilpmsg.gov.my/penjanajtmict
http://www.ilpmsg.gov.my/penjanajtmict


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan anda boleh hubungi:

Unit CESS
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing
KM16, Jalan Jemaluang,
86800 mersing
Johor Darul Takzim

Tel: 07 - 7921700
WhatsApp: 011 - 32476974