• intake-ilpmersingfb ilpmersingtwitter ilpmsginstagram ilpmsgflickr-ilpmersingyoutube-ilpmersing
 elektrik_ILP_Mersing_2022
Pengenalan

Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang ditubuhkan di bawah Jabatan Tenaga Manusia bertujuan memberi latihan teknikal secara formal kepada pekerja-pekerja sektor perindustrian dan para belia lepasan sekolah bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran di dalam bidang tertentu. Selaras dengan itu, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing menawarkan kursus Teknologi Elektrik disamping lima kursus lain. Bengkel ini telah disiapkan pada bulan Disember 2004 dengan dilengkapi kemudahan peralatan dan teknologi yang moden dan terkini. Selain daripada itu, bengkel ini juga mengendalikan kursus-kursus separuh masa berbentuk Modular dan Customised bagi memenuhi keperluan industri.

Objektif Latihan

  • Mengeluarkan tenaga mahir dan berpengatahuan di bidang Juruelektrik.
  • Memberi pendedahan pengkhususan Juruelektrik serta kemahiran sepenuhnya.
  • Memenuhi permintaan ramai pihak terutama Industri, dan Swasta.
  • Dapat melahirkan usahawan atau kontraktor di bidang Elektrik khususnya.

Keterangan Kursus

Kursus ini menjalankan latihan Sepenuh Masa dan Separuh Masa yang meliputi :-

  • Keselamatan & Pertolongan Cemas
  • Asas Elektrik
  • Peralatan Pengukuran & Perlindungan
  • Pendawaian Domestik & Industri
  • Turutan Pengujian
  • Mengesan & Membaikpulih kerosakan
  • Lukisan Kejuruteraan & Elektrik
  • Asas Komputer (ICT)

Latihan Teori dan Amali dilatih oleh Tenaga Pengajar yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam bidang Teknologi Elektrik.

Kemudahan

Sebuah Bengkel Teknologi Elektrik yang lengkap dengan kemudahan seperti berikut :-

  • Kelas yang berhawa dingin
  • Bilik Pendawaian Domestik dan Industri
  • Bilik kawalan Motor
  • Bilik Lukisan Kejuruteraan
  • Bilik Pengujian (Makmal)
  • Ruang kerja yang luas
  • Peralatan Latihan yang canggih dan terkini.
  • Makmal Komputer yang lengkap dengan Rangkaian Setempat (LAN) dan kemudahan Internet

Tempoh Kursus

Kursus Juruelektrik yang dijalankan di institut ini adalah dibawah Suruhanjaya Tenaga (ST) mengikut tempoh yang telah ditetapkan selama Dua Tahun.

Kelayakan Masuk

Lulus dalam SPM atau SPM (V) dan setaraf dengannya serta kepujian Matematik atau Sains serta lulus Bahasa Malaysia.

Persijilan

  • Sijil Pendawai Elektrik Fasa Tunggal PW2 oleh Suruhanjaya Tenaga (ST)
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
  • Sijil Teknologi Jabatan Tenaga Manusia

Prospek Kerjaya

Pelajar yang telah tamat dalam bidang Teknologi Elektrik dapat memenuhi bidang industri / swasta seperti: Juruteknik, Pendawai Elektrik (Wireman), Kontraktor Elektrik dan Pembekal Elektrik.