• intake-ilpmersingfb ilpmersingtwitter ilpmsginstagram ilpmsgflickr-ilpmersingyoutube-ilpmersing

rac_ILP_Mersing_2022

Pengenalan

Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang ditubuhkan di bawah Jabatan Tenaga Manusia bertujuan memberi latihan teknikal secara formal kepada pekerja-pekerja sektor perindustrian dan para belia lepasan sekolah bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran di dalam bidang tertentu. Selaras dengan itu, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing menawarkan kursus Penyejukbekuan & Penyamanan Udara disamping lima kursus lain. Bengkel ini telah disiapkan pada bulan Disember 2004 dengan dilengkapi kemudahan peralatan dan teknologi yang moden dan terkini. Bengkel ini dapat menampung seramai 90 orang pelajar pada setiap masa. Selain daripada itu, bengkel ini juga mengendalikan kursus-kursus separuh masa berbentuk Modular dan Customised bagi memenuhi keperluan industri.

Objektif Latihan

  • Mengeluarkan tenaga mahir dalam bidang Penyejukbekuan & Penyamanan Udara secara formal dan berterusan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian.
  • Meningkatkan kualiti kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara.
  • Mewujudkan peluang untuk belia lepasan sekolah mendapatkan latihan kemahiran perindustrian yang sistematik bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan.

Keterangan Kursus

Tahap Satu

Konsep peraturan keselamatan, Guna & senggara alatan tangan dan mesin, Guna peralatan pengukuran dan pengujian, Cara baca lukisan teknikal, Pembentukan dan penyambungan tiub. Pembentukan & penyambungan kerja logam, Memasang pelbagai komponen di dalam system penyejukbekuan dan penyamanan udara. Memasang dan menguji system penyejukbekuan, Memasang dan menguji system Penyamanan udara, Selenggara dan cegah pada system penyejukbekuan & penyamanan udara.

Tahap Dua

Guna peralatan pengukuran & pengujian, Cara baca lukisan teknikal, Pembentukan & penyambungan tiub. Pembentukan dan penyambungan kerja logam, Memasang pelbagai komponen di dalam system penyejukbekuan dan penyamanan udara, Memasang dan menguji system penyejukbekuan, Memasang dan menguji system Penyamanan udara, Selenggara dan cegah pada system penyejukbekuan & penyamanan udara, Baikpulih sistem elektrik dan elektronik, Mengesan kerosakan dan baikpulih peralatan penyejukbekuan dan penyamanan udara.

Kemudahan

Di antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di bengkel Penyejukbekuan & Penyamanan Udara serta kemudahan-kemudahan lain adalah :-

  • 2 buah bilik kuliah
  • 4 buah bilik bacaan
  • Loker untuk setiap pelajar lelaki dan perempuan
  • Makmal-makmal seperti:-
    1. Makmal Komputer
    2. Makmal Elektrik
    3. Makmal AHU
    4. Makmal Lukisan
    5. Makmal Kimpalan
    6. Makmal membaik pulih Penyejukbekuan & Penyamanan Udara.
  • Peralatan dan kelengkapan canggih dan terkini yang diguna pakai oleh sektor perindustrian seperti ‘Cold Room’, ‘Wall Unit’, ‘Ceiling Unit’, ‘Marine Cooling System’ dan ‘Centralize Unit’.
  • Latihan Kemahiran.
  • Asrama dan makanan bagi pelajar secara percuma
  • Kemudahan sukan dan riadah

Tempoh Kursus

Bengkel Penyejukbekuan & Penyamanan Udara menawarkan kursus sepenuh masa selama 2 tahun latihan dan 3 bulan Latihan Industri untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2 dan 3.

Kelayakan Masuk

  • Warganegara Malaysia.
  • Belia lepasan sekolah atau pekerja industri yang berumur 17 hingga 30 tahun.
  • Lulus SPM/SPMV (Lulus Sains atau Matematik serta Lulus Bahasa Malaysia) atau setaraf bagi kursus yang bermula dengan Tahap 1.
  • Bagi kursus yang bermula dari tahap 3, calon mesti mempunyai SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau Sijil Latihan Vokasional yang setaraf, atau - Sijil dari Kolej Teknikal awam atau swasta yang setaraf.

Persijilan

  • Sijil Teknologi Jabatan Tenaga Manusia
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2 dan 3

Prospek Kerjaya

Peluang pekerjaan kepada lepasan kursus ini adalah sangat menggalakkan. Penggunaan dan pengawasan alat-alat penyejukbekuan dan penyamanan udara sangat meluas. Penggunaannya terdapat di bangunan domestik dan perdagangan seperti pejabat, hotel, hospital, bank dan di industri pembuatan makanan serta keperluan industri automobil. Ia juga boleh dikembangkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi seperti Industri Berat yang mana penggunaan Penyejukbekuan & Penyamanan Udara begitu meluas terutamanya di dalam Industri Perkapalan.