• intake-ilpmersingfb ilpmersingtwitter ilpmsginstagram ilpmsgflickr-ilpmersingyoutube-ilpmersing

telekom_ILP_Mersing_2022

Pengenalan

Teknologi Telekomunikasi merupakan salah satu daripada enam kursus yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing. Bahagian Telekomunikasi berada di bawah Jabatan Teknologi Komputer dan Maklumat. Bahagian Telekomunikasi menawarkan program sepenuh masa di peringkat sijil dengan kemudahan, peralatan dan teknologi yang moden dan terkini. Bengkel ini dapat menampung seramai 90 orang pelajar pada satu-satu masa.

Objektif Latihan

  • Memudahkan pembelajaran di dalam bentuk teori dan amali bertepatan dengan sukatan latihan dengan penekanan dan corak disiplin latihan yang jitu.
  • Berusaha untuk melahirkan pelajar yang berkualiti, berhemat, berwawasan, berdisiplin tinggi bersesuian dengan kehendak dan keperluan negara.
  • Untuk mengeluarkan lulusan graduan yang mahir bagi pihak industri dalam bidang telekomunikasi.
  • Membentuk kerjasama yang baik dengan pihak industri dan bidang kemahiran bagi meningkatkan kualiti.

Keterangan Kursus

Bengkel telekomunikasi menawarkan kursus kemahiran yang meliputi latihan teori dan amali seperti: -

  • Pendawaian Telefon
  • Fiber Optic splicing, termination and installation
  • Pemasangan Radio Loop Antenna
  • Asas Elektronik
  • Asas aplikasi komputer
  • Pemasangan rangkaian telekomunikasi dan komputer
  • Penyediaan dan pemerhatian ke tapak kerja
  • Pemasangan peralatan dan kelengkapan kerja
  • Penglibatan diri di dalam menguruskan sesuatu projek
  • Penyediaan dan mengemaskini dokumen projek
  • Melaksanakan fungsi pengurusan

Kemudahan

Di antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di bengkel telekomunikasi adalah :-

  • 3 buah bilik kuliah
  • 3 buah bilik bacaan
  • Loker untuk setiap pelajar lelaki dan perempuan
  • Makmal-makmal seperti :-
    1. Makmal analog
    2. Makmal digital
    3. Makmal switching
    4. Makmal transmisi
    5. Makmal projek
    6. Makmal komunikasi data
    7. Intranet

Tempoh Kursus

Teknologi telekomunikasi menawarkan kursus sepenuh masa selama 3 semester latihan dan 3 bulan Latihan Industri untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3.

Kelayakan Masuk

Pemohon-pemohon yang berminat untuk mengikuti kursus Telekomunikasi ini mestilah sekurang-kurangnya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV).

Persijilan

Bengkel telekomunikasi melaksanakan latihan kemahiran dengan berpandukan kepada National Occupational Skill Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Kebangsaan. Pelajar yang berjaya akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) dan Sijil Teknologi oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Prospek Kerjaya

Para pelajar bagi lepasan kursus ini boleh menjawat jawatan sebagai Pembantu Juruteknik Pemasangan Operasi Rangkaian Perhubungan Pelanggan dan Juruteknik Pemasangan Operasi Rangkaian Perhubungan Pelanggan.