• intake-ilpmersingfb ilpmersingtwitter ilpmsginstagram ilpmsgflickr-ilpmersingyoutube-ilpmersing

cess_ILP_Mersing_2022

Unit Komuniti dan Khidmat Sokongan Pekerjaan adalah merupakan satu organisasi yang bertanggungjawab bagi memastikan pelajar-pelajar yang akan menamatkan latihan di ILP Mersing akan mendapatkan pekerjaan. Unit ini akan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan kepada pelajar untuk menetapkan laluan kerjaya mereka.

Objektif

  • Bertindak sebagai medium perhubungan dengan syarikat-syarikat di sekitar ILP Mersing¬† dalam mempromosikan pelajar keluaran ILJTM.
  • Menguruskan semua hal ehwal kerjasama antara industri dan institut serta meningkatkan penyertaan pihak industri dalam latihan yang dijalankan di ILJTM.
  • Memberi keyakinan kepada industri bahawa pelajar keluaran ILJTM adalah berkualiti dan memastikan pelajar-pelajar ILJTM mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan latihan.

Fungsi

1. Kaunselor dan Kerjaya

  • Menyediakan perkhidmatan kaunseling.
  • Menyediakan perkhidmatan pendaftaran pekerjaan (Jobs Malaysia Point).
  • Mengadakan temuduga terbuka.
  • Mengadakan seminar / bengkel pembangunan kerjaya.

2. Kursus Jangka Pendek

  • Menyediakan kursus jangka pendek secra Customised (kursus berbayar & mengikut kehendak pelanggan).
  • Menyediakan kursus jangka pendek secara modular¬† (kursus berbayar yang ditawar oleh Institut).
  • Menyediakan promosi dan lawatan industri dan individu.
  • Perkhidmatan pendaftaran kekompetenan Suruhanjaya Tenaga.

3. Sistem Latihan Dual Nasional

  • Promosi dan pendaftaran industri.
  • Bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  • Penempatan perantis SLDN.
  • Menyelaras peperiksaan dan persijilan SKM.

4. Latihan Industri (LI)

  • Menguruskan penempatan pelajar di industri.
  • Penilaian prestasi pelajar LI.
  • Hubungan dengan pihak industri.

5. Alumni

  • Urusetia Persatuan Alumni ILP Mersing.
  • Hubungan dengan lepasan pelajar ILP Mersing.