PIAGAM PELANGGAN INSTITUT

PIAGAM PELANGGAN INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM):

  1. Mengeluarkan tawaran kemasukan bagi kursus jangka panjang selewat-lewatnya tiga (3) minggu sebelum kursus bermula;
  2. Memastikan pelajar-pelajar ILJTM disahkan layak dianugerahkan sijil atau diploma berdasarkan keputusan jawatankuasa berkenaan dalam tempoh lapan (8) minggu selepas tamat sesi latihan bagi semester tersebut;
  3. Mengeluarkan surat tawaran kemasukan bagi kursus jangka pendek (KJP) selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum kursus bermula;
  4. Memastikan peserta KJP yang mencatat peratus kehadiran melebihi 80% mendapat sijil dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tamat berkursus;
  5. Semua aduan diuruskan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja dari tarikh aduan diterima dan tujuh (7) hari bekerja dari tempoh menerima maklumat dari pihak ketiga.

**Kemaskini pada 7 April 2024

Skip to content