SEJARAH

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing beralamat di Lot 16109, KM 16, Jalan Jemaluang, 86800 Mersing, Johor dengan jarak sejauh 5.5 km dari pekan Jemaluang dan 13 km dari bandar Mersing. ILP Mersing merupakan salah satu institut daripada 32 institut latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang merupakan institut yang ke 21 dan institut yang ke 4 di dalam negeri Johor Darul Takzim.

ILP Mersing di bina di bawah Rancangan Malaysia ke 8 (2000 – 2005) dengan keluasan tapak seluas 60 ekar. Mula beroperasi pada Julai 2005 melibatkan seramai 45 orang pelatih bagi 1 kursus kemahiran iaitu Teknologi Komputer (Rangkaian). Pada Januari 2007, sebanyak enam (6) bidang kemahiran dilaksanakan. Bersama persijilan jabatan iaitu Persijilan Teknologi Perindustrian, dilaksanakan Persijilan Kemahiran Malaysia (JPK) dan Persijilan Kompetensi Pendawaian Elektrik (ST)

Pengarah- Pengarah ILP Mersing dari Tahun 2004 hingga Kini

 

Skip to content