PANDUAN KEMASUKAN

PENGAMBILAN PELAJAR

Sebanyak dua (2) kali setahun bagi pengambilan ke ILP Mersing iaitu bagi kemasukan Februari dan kemasukan Ogos. Cara-cara memohon adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (online) di portal Jabatan Tenaga Manusia (JTM) bagi sesi kemasukan Februari dan di laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi bagi sesi kemasukan Ogos. Bagi permohonan melalui portal UPU, pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM15.60 di kaunter BSN.

SYARAT KEMASUKAN PELAJAR

CARTA ALIR PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR

1. Pengambilan sesi Febuari

2. Pengambilan sesi Ogos

Bagi pemohon calon SPM BUKAN TAHUN SEMASA boleh membuat permohonan melalui portal JTM seperti pautan di atas atau boleh juga berhubung secara terus dengan Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan, ILP Mersing seperti maklumat di ruangan bawah.

BAYARAN (YURAN PENGAJIAN)

  • Sijil: Percuma
  • Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran (anggaran RM650-RM700 tertakluk kepada institut)

ELAUN BULANAN DISEDIAKAN

  • RM100 sebulan
  • RM300 sebulan bagi pelajar OKU

FASILITI

JTM menyediakan pelbagai kemudahan di setiap institusi latihannya; seperti kemudahan asrama, makanan, dewan kuliah, bengkel latihan, kemudahan sukan & riadah, kafeteria, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya.

MAKLUMAT LANJUT;

Skip to content